nuffnang

Tuesday, 21 January 2014

Sambal Ayam

Bila malas bertandang, selalunya kita tercari menu yang senang tetapi memenuhi citarasa banyak pihak di rumah.  Pilihan mama, ayam goreng untuk adik dan sambal ayam untuk ayah.

 Ayam yang dicuci bersih, dilumur garam dan kunyit.  Perap sekejap dalam 10 minit pun cukup.  Sambil mama buat kerja lain. Lepas tu, panaskan minyak dan goreng hingga masak.  Ayam kalau nak sedap, kena basuh dengan limau nipis atau dengan tepung.  Untuk menghilangkan lendir.
Sambal ayam

15 biji cili kering (potong, rebus dan masukkan dalam blender)
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (saiz sedang) atau 1 labu bawang besar (saiz besar)
setengah inci belacan

Kisar kesemua diatas hingga halus dan tumis dalam periuk dengan minyak yang sederhana

Bila telah garing (minyak dan bahan tumis nampak berasing), masukkan perasa iaitu, asam, garam, gula melaka dan dicampur air.  Banyak air bergantung kepada kepekatan kuahnya.  Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Rasakan.  Suaikan rasanya

Masukkan ayam yang telah digoreng.  Perlahankan api.  Masak hingga ayam nampak sebati dengan kuahnya.

Masukkan bawang yang dipotong kasar atau kacang pis atau apa-apa yang difikirkan sesuai.

No comments:

Post a Comment