Ahad lepas ayah beli dua biji mangga muda yang rapuh. Mama jadikan kerabu bersama timun. Kalau nak buat macam yang mama buat, kita tengok di bawah:
1 biji mempelam (tentunya yang belum masak)
setengah biji timun
Dua-dua disagat memanjang. Atau ikut suka la, nak potong macam mana
Perasanya:
sedikit sambal belacan (ikut setakat mana nak pedas)
satu biji limau nipis (ambil airnya)
garam, gula,
Semua diatas dikacau sebati dan disuaikan rasanya terlebih dalu
kacang tanah tumbuk dan udang kering (goreng tanpa minyak dan tumbuk)
Gaul semua diatas. Hidang serta merta untuk makan.
Masa mama balik kampung, mama beli paste mee bandung dari Citarasa Rinduan. Setiap set ada dua bekas, satu mengandungi paste pedas dan satu lagi kacang tanah tumbuk dicampur dengan udang kering. Untuk kerabu mempelam, mama hanya guna kacang tanah yang dah bercampur udang kering tu. senang sangat kerja di dapur. Yang lebih masuk balik peti ais untuk kegunaan lain kali.
No comments:
Post a Comment