nuffnang

Thursday, 9 January 2014

Perda Citywalk

Ahad sering merupakan samada hari ter' bizi' atau hari ter 'santai' dalam seminggu. Ahad lepas banyak aktiviti yang mama telah dapat bereskan:

1.  Menghantar bonda ke Padang Serai, rumah adik.
2.  Menghantar Princess melengkapkan keperluannya dan  balik asrama
3.  Urusan banking ayah di Bukit Mertajam.

Dan sewaktu ke Bandar Bahru Perda, mama & family mengambil kesempatan untuk singgah makan malan di Perda Citywalk.  Entah la. Ini pun first time mama ke sini.  Hanya nak cari Restauran Nasi Arab - Hadramawt.

 Cantik tempat ini.  Berseni senibinanya.  
 Keliling canopy restaurant dihias dengan rambu-rambu.  Mama tengok macam unik aje..
 Depan restaurant ada bazaar



 Teh arab.  Macam teh biasa tetapi di bubuh daun pudina
Nasi arab.  Dah kata kat ayah, jangan pesan banyak.  tapi dia pesan untuk 3 orang.  Mama bungkus 2 bungkusan dan hantar rumah Si Sulung.  kalau famili makan sikit macam mama ni, kena pesan untuk seorang pun dah cukup.  Punya banyak nasi dan ayam pun besar.  Pesan untuk 3 orang tapi cukup untuk makan 5 orang. Mama rasa nasi arab kat Ivory Plaza lagi sedap...

No comments:

Post a Comment