nuffnang

Thursday, 30 January 2014

Buah Bidara

Mama tak pernah nampak buah bidara.  Mama yang tua tak pernah nampak, anak-anak lagi lah tak kenal.
Tapi minggu lepas ayah beli di Hentian Sungai Perak.





Kari Siakap

Terlebih dahulu nak ucapkan 'Happy Chinese New Year' kepada kawan-kawan dan jiran-jiran berbangsa Cina juga mungkin reader disini. Penang dari petang semalam dah sepi.  Macam ni lah setiap tahun.  Dari jam 6.00 petang tu dah kurang kereta di jalan.  Adalah sikit.  Suasana berubah menjelang dekat jam 12.00 malam.  Macam tengah perang (kot lah.  Tak pernah pergi perang pun).  Meletup sana meletup sini.  Sekejap ja.  Dalam sejam tu habis la.

Dan pagi pun sunyi saja. Lepas pukul 10 lebih kurang baru dengar sikit suara ramai.  Suasana di lobi meriah juga dengan hiasan tanglung dan hiasan rentang.  Semalam pihak management, membuat kerja-kerja basuh di lobi.  Macam tu la bila nak CNY.  Management dan jiran, ramai yang basuh-basuh.  Basuh rumah, kereta. Yang tak basuh membasuh hanya mama.  Memang pemalas....dusssh..........

Tapi masak memasak memang tak malas.  Tengahari ni mama brunch (breakfast plus lunch) kari siakap.  Ayah beli siakap 3 kg lebih dari Cik Mat yang gi mancing kat kolam Sg Petani.  Balik, ayah potong 3 simpan peti ais 3 bekas.  senang nak guna.  2 hari sudah dah guna bahagian kepala.  Hari ni guna bahagian tengah.

 Kari siakap mama memang mudah.
Pertama:
Kisar 2 bawang besar (merah), 3 ulas bawang putih . setengah inci halia dan secubit belacan
Tumis hingga naik minyak.  Naik minyak tu makna minyak terpisah dengan bahan kisar tu.  Api sederhana dan kacau selalu jangan hangit

Kedua:
Bila dah naik minyak campur 1 paket kecil rempah kari ikan (hari ini guna cap mata).  Dan satu sudu makan serbuk cabai (cap alagappa).  Nak pedas sikit tambah lagi.  Tuang air dalan 1 cawan.  Tutup periuk.  Kacau sekali sekala.  Sampai minyak naik dengan cantik.  Selagi minyak tak naik jangan campur air.

Ketiga:

campur air biasa.  Banyak mana, ikut nak banyak mana kuah tapi lebih kan sikit dalam 2 cawan.  Nanti dia pekat sendiri.  Masa ni masukkan asam jawa extra setengan camca, garam dan perasa jika suka. Mama masukkan tomato dibelah 4 masa ini.  Pasal kat rumah ni tak suka tomato.  Kalau dah layu dalam kuah tiada komlen.  Bagi kuah menggelegak betul-betul.  Bila kuah dah menggelegak, masukkan ikan.  Lepas ikan masak, masukkan bendi dan cabai hijau.  Bila bendi dan cabai dah layu, tutup api.

 Ramai dah tau, tapi MyPrincess tak tahu.  Kari yang masih panas, jangan tutup.  Nanti cepat basi.  Buka sikit penutupnya macam mama buat ni.  Dah sejuk, baru tutup rapat.
Sebahagian ikan, mama goreng.  Yang ni boleh masak untuk malam.  Buat masak kicap ke, tauchu ke, sambal ke.  Abaikan tulang yang panjang tu.  Orang tak pro yang menyiang ikan.  Maafkan saja...


Tuesday, 21 January 2014

Our Dinner

Ini dinner kami malam Ahad yang lepas, asam pedas ikan senangin dan sayur boncis goreng.  Asam pedas tu, ayah yang masak.  Sedap....


Yang bawah ni pulak, dinner kami malam ini, Selasa 21/1/2014.  Tiada nasi.  Semuanya mama grill dalam kuali ajaib tu.
 Mama punya.
Ayah punya

Pelengkap Hidangan


Pengiring kepada hidangan utama pun penting juga untuk menambah selera menghadap hidangan.  Antara pengiring hidangan mama adalah:
 Sup kentang
 Ulam timun dan sambal belacan
Bendi goreng dengan sos tiram

Sambal Ayam

Bila malas bertandang, selalunya kita tercari menu yang senang tetapi memenuhi citarasa banyak pihak di rumah.  Pilihan mama, ayam goreng untuk adik dan sambal ayam untuk ayah.

 Ayam yang dicuci bersih, dilumur garam dan kunyit.  Perap sekejap dalam 10 minit pun cukup.  Sambil mama buat kerja lain. Lepas tu, panaskan minyak dan goreng hingga masak.  Ayam kalau nak sedap, kena basuh dengan limau nipis atau dengan tepung.  Untuk menghilangkan lendir.
Sambal ayam

15 biji cili kering (potong, rebus dan masukkan dalam blender)
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (saiz sedang) atau 1 labu bawang besar (saiz besar)
setengah inci belacan

Kisar kesemua diatas hingga halus dan tumis dalam periuk dengan minyak yang sederhana

Bila telah garing (minyak dan bahan tumis nampak berasing), masukkan perasa iaitu, asam, garam, gula melaka dan dicampur air.  Banyak air bergantung kepada kepekatan kuahnya.  Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Rasakan.  Suaikan rasanya

Masukkan ayam yang telah digoreng.  Perlahankan api.  Masak hingga ayam nampak sebati dengan kuahnya.

Masukkan bawang yang dipotong kasar atau kacang pis atau apa-apa yang difikirkan sesuai.

Saturday, 18 January 2014

Kerabu Mangga

Ahad lepas ayah beli dua biji mangga muda yang rapuh.  Mama jadikan kerabu bersama timun.  Kalau nak buat macam yang mama buat, kita tengok di bawah:

 1 biji mempelam (tentunya yang belum masak)
setengah biji timun
Dua-dua disagat memanjang.  Atau ikut suka la, nak potong macam mana

Perasanya:
sedikit sambal belacan (ikut setakat mana nak pedas)
satu biji limau nipis (ambil airnya)
garam, gula,
Semua diatas dikacau sebati dan disuaikan rasanya terlebih dalu

kacang tanah tumbuk dan udang kering (goreng tanpa minyak dan tumbuk)

Gaul semua diatas.  Hidang serta merta untuk makan.
Masa mama balik kampung, mama beli paste mee bandung dari Citarasa Rinduan.  Setiap set ada dua bekas, satu mengandungi paste pedas dan satu lagi kacang tanah tumbuk dicampur dengan udang kering.  Untuk kerabu mempelam, mama hanya guna kacang tanah yang dah bercampur udang kering tu.  senang sangat kerja di dapur. Yang lebih masuk balik peti ais untuk kegunaan lain kali.

Sunday, 12 January 2014

Dekorasi Pelamin



 Pelamin Ina, anak Mak Tam.  Tarikh 28 Disember 2013

AEON Kulaijaya - decorasi krismis

Meronda ke Aeon Kulaijaya ni, dah dekat 2 minggu.  Masa tu Krismis.  Tapi baru sekarang nak masukkan cerita.  Mama tak ronda merata-rata.  Mana nak larat dah tua mcm ni nak window shopping.








Citarasa Rinduan

Lama dah mama ikuti blog ini.  Bila balik ke Johor mesti cari-cari.  Tetapi disebabkan mama memang tak berapa cekap dengan kawasan ini kecuali rumah tok, berkali cari pun tak jumpa.  Maklumlah mama dah tinggalkan gugusan ini dari tahun 1981 lagi.  Balik tu ada lah setahun beberapa kali.  Itu pun fokus hanya rumah tok disebabkan tempoh yang singkat.  Tapi nak dijadikan rezeki, mama jumpa juga kedai makan Citarasa Rinduan kali ini.


Di sini mama beli 11 set paste mee bandung Johor untuk diberi kepada rakan-rakan Penang.  Lain kali post mee yang dah siap ya...

Selamat pagi



 Putu Bambu
 Putu Piring

Beli dari Sungai Sayong

Friday, 10 January 2014

Matlamat 2014

Dah nak masuk setengah bulan di tahun 2014, tapi mama masih lagi tercari-cari apakah matlamat yang mama nak capai menjelang Disember ini.  Lepas tu, berubah_ ubah pulak matlamatnya. Antara yang mama fikirkan, tapi tak finalise lagi adalah:

1.  Simpanan RM 1000 sebulan
2.  Menjana pendapatan RM 500 sebulan dari kebun
3.  Membina rumah di kebun

Mama tak boleh capai semua.  Tak tahu yang mama nak pilih

Thursday, 9 January 2014

Perda Citywalk

Ahad sering merupakan samada hari ter' bizi' atau hari ter 'santai' dalam seminggu. Ahad lepas banyak aktiviti yang mama telah dapat bereskan:

1.  Menghantar bonda ke Padang Serai, rumah adik.
2.  Menghantar Princess melengkapkan keperluannya dan  balik asrama
3.  Urusan banking ayah di Bukit Mertajam.

Dan sewaktu ke Bandar Bahru Perda, mama & family mengambil kesempatan untuk singgah makan malan di Perda Citywalk.  Entah la. Ini pun first time mama ke sini.  Hanya nak cari Restauran Nasi Arab - Hadramawt.

 Cantik tempat ini.  Berseni senibinanya.  
 Keliling canopy restaurant dihias dengan rambu-rambu.  Mama tengok macam unik aje..
 Depan restaurant ada bazaar



 Teh arab.  Macam teh biasa tetapi di bubuh daun pudina
Nasi arab.  Dah kata kat ayah, jangan pesan banyak.  tapi dia pesan untuk 3 orang.  Mama bungkus 2 bungkusan dan hantar rumah Si Sulung.  kalau famili makan sikit macam mama ni, kena pesan untuk seorang pun dah cukup.  Punya banyak nasi dan ayam pun besar.  Pesan untuk 3 orang tapi cukup untuk makan 5 orang. Mama rasa nasi arab kat Ivory Plaza lagi sedap...

Monday, 6 January 2014

Resipi Fruit Tart

Nak turunkan resepi Fruit Tart mama atas permintaan.  Memang mama gunakan resepi ini dari dulu lagi.  10 tahun lepas, mama jual dengan harga 70 sen satu biji.  sekarang ni, tak buat dah. Tak larat dan tak ada keperluan.  Anak-anak dah besar panjang.  Yang sekolah pun tinggal seorang saja.   Satu adunan ni, boleh dapat 45-50 'shell'.

Fruit tart

Untuk 'shell'
200 g buttercup
50 g gula halus

Pukul hingga kembang
Masukkan 1 sudu kecil essen vanila
Pukul
Masukkan 1 biji telor
Pukul

Masukkan 380 g tepung gandum yang telah diayak
Masuk sedikit demi sedikit
Masukkan 20 g susu tepung.  Selalu mama guna 'dutch lady' yang beli kat kedai bakery.  Dia pack sikit, sikit.  Mama dah tak da anak minum susu.

Buat doh jadi bulat dan masuk peti ais.  Dalam setengah jam pun boleh.
Keluar dari peti ais, ambil sebesar guli dan bentuk dalam acuan kecil untuk tart.  pastikan sama ketebalannya.  Nanti tak masak sekata.  dan bakar dalam 20-25 minit dengan suhu 160 darjah.

Simpan dalam bekas kedap udara.  'shell' ni makan macam tu saja pun sedap dah.  Mama kadang tu, malas, makan macam tu saja.

Untuk Filling
Beli instant kastart dari bekeri dan bancuh dengan susu dutch lady low fat.  Jangan bergentel.
Masukkan dalam plastik kon yang bermuncung bunga.  Filling ni macam nestum budak-budak.  Paipkan kemas kedalam 'shell' tadi

Hias
Potong kecil buah  yang disukai.  mama selalu guna anggur merah. buah kiwi dan anggur hijau.  Ambil yang tak ada biji. Senang.