Simple Dinner
Kekalutan mengejar waktu menyebabkan mama tidak dapat menyediakan makan malam yang lebih baik dari ini. Jom tengok apa mama masak dan macam mana mama buat.Masukkan semuanya sekali dalam kuali ajaib tu. Kalau guna kuali yang tidak ajaib pun boleh.
Ayam tu mama beli kat Tesco yang dah siap perap. Ayam dah perap dengan rempah masalah. Ubi kentang tu beli yang US potato. Brokoli tu mama beli yang organik.
Mama tak guna minyak pun. Biasanya untuk malam, mama memang jaga sikit. Kan tengahari kita makan tak pantang. Jadi malam kita pantang sikit. Masak dengan api sedang. Tak mau bagi hangus. Nak tau dah masak atau belum, kita cucuk dengan garpu atau skewer. Kalau cucuk dan senang cucuk tu, dah masak lah. Kalau cucuk macam kena tekan sikit, belum berapa masak. Macam tu juga ubi kentang. Kalau cucuk senang tu makna dah masak.
Dari seketul ayam, kami potong tiga selepas masak untuk mama, ayah dan adik. Malam, mana boleh makan banyak.
Boleh guna sos. Tapi kami makan macam gitu saja. Kerana rempah perap masalah tu agak pedas dah. Mama ambil 2 brokoli. Adik tak mau sayur. Bagus, bagus.... Agaknya dia tak tau, sayur tu sedap. SSYYY...jangan cakap kat dia. Lain kali tentu dia bagi kat mama juga kalau dia tak tau.
Untuk ayah. Makan Lepas Isyak. Mama, adik ingat ayah tak mahu. Dalam hati ingat, ini mesti kami bagi habis. Tengok2, ayah makan sampai habis...
No comments:
Post a Comment