Cerita Kebun: Kutipan Hasil 7 Oktober 2013
Lama betul tak menjenguk kebun. Apa khabar kebun agaknya? So, petang Isnin lepas, mama beri alasan untuk tidak gi ngaji kat ustazah. Pasal apa? Pasal nak gi dangdut dengan ayah. Dua orang aje. Tak mo bawa adik. Adik tinggal rumah.
Untuk berdangdut baik punya, kena pakai but. Nanti kena kiss. Tak rela U... Si pacat tu kalau sudah kiss, ayooo, sampai meleleh darah. Tanah basah, mungkin lepas hujan. Malah masih rintik lagi. memang mama tak gemar suasana ini. Tapi apakan daya. Masa tu aje yang free.
Ini lah hasil dari kebun kita petang tu. Syukur alhamdulilah. Walaupun belum masak, mama ayah ayah ambil juga. takut bila datang semula dah lebur kat tanah.
Pokok limau kasturi yang baru tanam pun dah keluarkan hasil. Ambil saja reziki yang diberikan.
Macamana boleh jadi ni???? Mama ayah tanam mempelam cokanan. Mempelam telor yang jadi. Agaknya masa kecil dulu kami tertebas tunas yang kat atas. Jadi bila dia naik pucuk balik, dapat baka asal. Bukan baka yang dicantum atau yang tumbuh diatas hasil dari cantuman. Mempelam telor pun , telor lah. Ada lah kegunaannya.
No comments:
Post a Comment