nuffnang

Monday, 21 October 2013

Panduan Mendepani Fitnah

Semua orang akan menghadapi situasi difitnah.  Fitnah bermakna perkhabaran yang tidak benar tentang kita.  Ada yang besar kesannya kepada kita dan ada yang sebaliknya.  Mama ingin kongsi cara praktikal ketika kita menghadapi fitnah.

1.  Berdiam diri

Jika kita mendengar perkhabaran yang menfitnah kita, langkah yang paling selamat ialah mendiamkan diri dan bersedia dari segi mental untuk menghadapi orang disekeliling.  Tanamkan dalam diri "aku tak begitu, kenapa nak takut/sedih". 

Jangan berfikir untuk mencari-cari siapa yang sebar, nak serang orang menyebar, nak balas balik, nak beri orang yang menyebar juga padan muka dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Ingat,  lagi kita melatah dan marah, lagi berjaya pembawa fitnah.  Ingat juga, marah akan makan kewarasan pemikiran kita.  Jika kita cool, fitnah seperti sembelit.  Sakit memulas-mulas, makan betik banyak-banyak, lepas tu selesa semula.  So, tak perlu pusing kepala, diam diri dan tunggu , angin fitnah reda dan berlalu.  

2.  Terangkan perkara sebenar hanya kepada orang yang dipercayai

Jangan sekali-kali cuba memberitahu semua orang perkara yang sebenar dari kita.  Ini akan menjadikan keadaan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.  Kita tidak dapat menjangka respon balas dari setiap orang.  Ada yang terima penjelasan dengan baik dan ada yang akan mengeruhkan keadaan.

Ceritakan hanya kepada orang yang bertanya kepada kita dan kita percaya bahawa orang tersebut mempunyai pemikiran yang baik/waras.  Orang tersebut kita percayai.  Pasangan kita perlu mengetahui perkara sebenar.  Dia pasangan kita, dia melengkap kehidupan kita.  Dia akan menyokong kita. Dia tahu kita betul atau salah.  Kalau tak sokong dan memahami kita,  bukan bernama pasangan.   

3.  Doa

Lebihkan berdoa.  Mohon apa yang dirasa dan diingini dari Pencipta.   Bukan dari orang.  Orang akan lebih menghuruharakan keadaan. 

4.  Berhati-hati

Selapas fitnah berlalu, pasti hati kecil mengenali punca fitnah tersebut.  jangan zahirkan pada orang lain.  Pendam dalam diri sendiri.  Berhati-hati pada kelakuan dan percakapan kita.  Terutama orang itu. 

No comments:

Post a Comment