nuffnang

Thursday, 24 October 2013

Pilihanraya kampus

 Tahniah dan selamat berkhidmat kepada warga kampus kepada yang terpilih memenangi pilihanraya kampus 2013.  Tunaikanlah harapan pengundi anda. 
Kepada yang tidak terpilih, jangan putus asa.  Salurkan khidmat bakti dalam program program yang dirancang oleh kepimpinan yang baru. 
Bye, Bye Friend

 Ini kawan mengaji mama di mesjid USM.  Kawan mengaji tu yang kecil tu.  Akan berangkat balik ke Negeria pada Isnin 28/10/2013 ini.  Hampir 8 bulan mengaji bersama, dah nak balik kerana ayahnya dah selesai melanjutkan pelajaran di Usm.
 Kenangan bersama ustazah Normah.  Ustazah kesukaan ramai anak anak.  Terutama dari luar negara.  Ustazah ajar Qiraati dalam bahasa inggeris tau.  Payah nak cari.
 Selamat maju jaya kepada kawan.  Semoga diberikan rezeki untuk berjumpa lagi dimasa akan datang.

Tuesday, 22 October 2013

Asam pedas lagi dan lagi........

 Memang tak jemu-jemu dengan asam pedas
 Agaknya, hanya ini yang boleh mama buat dengan agak memenuhi selera
 Makan malam pun dengan asam pedas yang diganding dengan telur goreng dan kicap
Ditambah dengan teh o limau tanpa ais
Daging goreng kicap

Mayang dan tumis
Halia, bawang merah dan bawang putih

Masukkan daging batang pinang yang telah dipotong kecil
Goreng hingga daging empuk.  Tambah air jika terlalu kering

Masukkan kicap, air asam jawa, gula,garam.  Masak hingga agak kering
Masukkan cili hidup

Sebenarnya mama tak masak.  Ayah yang buat.  Psst.... best kan ada ayah yang cam ni.  Syukur.......

Monday, 21 October 2013

Panduan Mendepani Fitnah

Semua orang akan menghadapi situasi difitnah.  Fitnah bermakna perkhabaran yang tidak benar tentang kita.  Ada yang besar kesannya kepada kita dan ada yang sebaliknya.  Mama ingin kongsi cara praktikal ketika kita menghadapi fitnah.

1.  Berdiam diri

Jika kita mendengar perkhabaran yang menfitnah kita, langkah yang paling selamat ialah mendiamkan diri dan bersedia dari segi mental untuk menghadapi orang disekeliling.  Tanamkan dalam diri "aku tak begitu, kenapa nak takut/sedih". 

Jangan berfikir untuk mencari-cari siapa yang sebar, nak serang orang menyebar, nak balas balik, nak beri orang yang menyebar juga padan muka dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Ingat,  lagi kita melatah dan marah, lagi berjaya pembawa fitnah.  Ingat juga, marah akan makan kewarasan pemikiran kita.  Jika kita cool, fitnah seperti sembelit.  Sakit memulas-mulas, makan betik banyak-banyak, lepas tu selesa semula.  So, tak perlu pusing kepala, diam diri dan tunggu , angin fitnah reda dan berlalu.  

2.  Terangkan perkara sebenar hanya kepada orang yang dipercayai

Jangan sekali-kali cuba memberitahu semua orang perkara yang sebenar dari kita.  Ini akan menjadikan keadaan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.  Kita tidak dapat menjangka respon balas dari setiap orang.  Ada yang terima penjelasan dengan baik dan ada yang akan mengeruhkan keadaan.

Ceritakan hanya kepada orang yang bertanya kepada kita dan kita percaya bahawa orang tersebut mempunyai pemikiran yang baik/waras.  Orang tersebut kita percayai.  Pasangan kita perlu mengetahui perkara sebenar.  Dia pasangan kita, dia melengkap kehidupan kita.  Dia akan menyokong kita. Dia tahu kita betul atau salah.  Kalau tak sokong dan memahami kita,  bukan bernama pasangan.   

3.  Doa

Lebihkan berdoa.  Mohon apa yang dirasa dan diingini dari Pencipta.   Bukan dari orang.  Orang akan lebih menghuruharakan keadaan. 

4.  Berhati-hati

Selapas fitnah berlalu, pasti hati kecil mengenali punca fitnah tersebut.  jangan zahirkan pada orang lain.  Pendam dalam diri sendiri.  Berhati-hati pada kelakuan dan percakapan kita.  Terutama orang itu. 

Tuesday, 15 October 2013


Ayam  & Potato Grill
Antara juadah tengahari Aidil Adha 2013.  Tak sampai 1 jam, selesai di makan.  Seronok bila anak-anak balik.  Masak apa pun semua bersih.




Kambing goreng


Ais Bandung Soda

 Memang menyegarkan.  Tak caya?? Tak caya, cubalah.... Lepas rasa baru tahu.
 Campur susu pekat manis dengan susu cair.  Adjust rasa manis dan lemaknya.  Campur sedikit ibu sirap sekadar sedikit merah.  Selepas rasa dah ok tuangkan ais krim soda.  Adjust ikut citarasa sebelum dicampur ais.
Selamat mencuba.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2013

Juadah pagi aidil adha 2013.  Mama hanya masak nasi impit dan sambal goreng jawa sahaja.  Kepada Adli, moga ibadah yang dilakukan diterima Nya dan diberi ganjaran olehNya.  Aminn.....

 Tat Nenas Gebu












Tat Nenas ini memang gebu.  Jem nenasnya mama beli dari kedai bakeri.  Princess yang mengadun pastri tat dengan pemantauan otai.

 Yang ni belum masuk oven lagi.  Baru dalam tray pembakar.
Yang ni dah bakar.  Tapi ter 'garing ' sikit.  walau bagaimanapun sangat gebu.  Jom intai apa Princess gunakan untuk mengadun pastri tat.

setengah buku mentega (Princess guna Anchor salted) yang besar dalam 227 g tu.  Guna setengah saja.  Pukul dengan 20 g gula halus.  Pukul guna hand mixer hingga kembang.

Masukkan 1 kuning telor.  Pukul lagi hingga sebati.  Masukkan  200 g tepung gandum dan dicampur 2 sudu besar tepung jagung. Gunakan tangan, uli hingga jadi doh.  Bila dah tak melekat dibekas, simpan adunan dalam peti sejuk sekitar 10 minit.

Jem nenas di gentel kecil.  Macam dalam gambar diatas.  Terap kan pastri yang tadinya dah simpan dalam peti ais.  Hiaskan dengan jem nenas.  Bakar dengan suhu 160 C selama 20 minit.
 Yang ni cantik sikit.  Tak terlalu garing/lama.

 Yang bawah ni, mama masuk ke tupperware nak bagi rasa kawan-kawan kat klinik.  

Adunan ini boleh dapat dalam 40 keping tat nenas.

Wednesday, 9 October 2013

Happyy Birthday

 Hapi besday. To Adli dan Mak Ijoy.   mama belikan kek ni.
 Satu untuk Adli.  Jangan segan, segan.  sila lah.  Sila jamu mata.....
 Satu untuk mak Ijoy.  Sila lah menjamu mata........Nikmati seberapa banyak yang mahu.
Lepas makan kek kita makan ayam grill pulak.
Cerita Kebun:  Kutipan Hasil 7 Oktober 2013

 Lama betul tak menjenguk kebun.  Apa khabar kebun agaknya?  So, petang Isnin lepas, mama beri alasan untuk tidak gi ngaji kat ustazah.  Pasal apa?  Pasal nak gi dangdut dengan ayah.  Dua orang aje.  Tak mo bawa adik.  Adik tinggal rumah. 
 Untuk berdangdut baik punya, kena pakai but.  Nanti kena kiss.  Tak rela U...  Si pacat tu kalau sudah kiss, ayooo, sampai meleleh darah.  Tanah basah, mungkin lepas hujan.  Malah masih rintik lagi.  memang mama tak gemar suasana ini.  Tapi apakan daya.  Masa tu aje yang free.
 Ini lah hasil dari kebun kita petang tu.  Syukur alhamdulilah.  Walaupun belum masak, mama ayah ayah ambil juga.  takut bila datang semula dah lebur kat tanah.
 Pokok limau kasturi yang baru tanam pun dah keluarkan hasil.  Ambil saja reziki yang diberikan.
Macamana boleh jadi ni???? Mama ayah tanam mempelam cokanan.  Mempelam telor yang jadi.  Agaknya masa kecil dulu kami tertebas tunas yang kat atas.  Jadi bila dia naik pucuk balik, dapat baka asal.  Bukan baka yang dicantum atau yang tumbuh diatas hasil dari cantuman.  Mempelam telor pun , telor lah.  Ada lah kegunaannya.
Memang Macam Tu..

 Ingat lagi tak mama cerita merempit Ahad lepas???  Ha....nilah yang mama masak lepas balik merempit tu.  Tapi rempit bukan sebarang rempit tau.  Rempit ada tujuan.  Balik rempit sempat lagi memasak tau. 
Sambal tumis tu, untuk petang reused, recycle.  Makan dengan biskut kreakes pula.  Dah tak da bahan nak taip la tu. 

Sunday, 6 October 2013


Kembara Rempit Tanjung Malim - Penang

 Hujung minggu ni, mama ayah buat kerja gila-gila.  Kami ke Tanjung Malim naik bas.  Plan asal nak naik keretapi tapi bila ayah sampai ke kaunter KTM Butterworth jam 8.15 malam, dimaklumkan tiket dah habis.  Ayah call mama dan minta mama ke Stesyen Bas Express Sungai Nibong untuk mencari tiket.  Sesampai di sana, mama dimaklumkan bas ke Tanjung Malim tak ada.  Yang ada ke Genting melalui Tanjung Malim.  Bila call ayah, ayah setuju.  Mama pun beli 2 tiket RM70.00 selepas mama puas hati dengan jawapan penjual tiket itu.  Mama pun tak tahu betul atau kena tipu.  Soalan mama sebelum beli tiket itu:
1.  Siapa pemandu.  Orang tua atau muda
2.  Berapa pemandu yang ada
3.  Pemandu itu ada berapa saman
4.  Biasanya pemandu bawa kelajuan berapa
5.  Macam mana keadaan bas

Maka, bertolaklah mama dengan bas jam 11.00 malam itu juga.  Hujan ketika tu.  Kami kena redah hujan kerana tempat menunggu tu bukan di stesyen bas, sebaliknya kat seberang jalan depan stesyen bas.  Kereta kami tinddal di parking berbayar sebelah stesyen teksi.  RM 18 untuk 2 hari.  Adik mama tinggalkan di rumah.  Kawannya Haziq dan Saiful temankan untuk 2 hari.

Dengan beg galas belakang sorang satu dan jeket kulit sorang satu.  Dalam bas yang sejuk tu, kami pakai jeket kulit yang dibawa.  Memang macam bikes kental juga la. 

Malam tu mama sampai kat tol Tanjung Malim jam 4 pagi.  Pemandu bas terpaksa kejut mama dan ayah.  Kami lena tak sedar dah sampai.  Letih sangat gamaknya.  Pemandu tu bukan sahaja kena kejut kami tetapi juga kena tunggu kami bersiap untuk turun.  Sabar sungguh dia.  Sampai di plaza tol tu, kami lepak sat.  Pas tu baru call Upit untuk ambik.  Sampai umah kami sambung tidur.

 Pagi Ahad kami bertolak balik dengan Sym ayah yang dah tinggal situ dari sebelum bulan puasa lagi.  Ni dah dekat raya haji baru nak ambil. Bertolak dekat jam 9.00 pagi gitu.  Sempat lah breakfast dengan Nazifah dan Fiza.  Sebelum sampai tol Behrang, kami terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada MTB Challange.  Mama tengok poster, dianjurkan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim.
Punyalah lama kena tunggu.  Entah berapa ratuslah pesertanya.  Mula-mula rasa sabar dan teruja.  Tapi bila lama sangat......
 Depa ni mama tengok keluar dari jalan kebun kelapa sawit.  Agaknya macam-macam laluan yang ditempuh kot.
 Kami meneruskan perjalanan.  Pemandangan biasa.  Cuaca pagi itu mendung.  Sesetengah tempat hujan renyai.  Tapi ayah belasah juga.  140/hour.  Sejuk jangan cakap lah.  Tangan ayah sampai kebas sebab tak bawa glove.  Semalam dia nak beli tapi mama tak beri.  Sebab kat umah ada banyak glove.  Buat menyemak umah aje.
 Di satu lokasi ada sorang mamat pakai motor kapcai sudah potong ayah.  Ayah macam tercabar je.  Dia kasi rempit dan potong.  Tinggal mat kapcai tu.  Mama tengok dari cermin mamat tu terkial kial kejar.  Tapi bikes tua macam ayah mana tahan sangat kalau bawak 160/170 lama.  Dia pun relex ke 110.  Mamat kapcai potong, ayah gamaknya fikir tak boleh jadi ni,  dia kasi up speed.  Mama nak tegur pun tentu dia tak dengar.  Tengah kyusuk menambah speed.  Last sekali bila mamat tu dah tak tahu tertinggal kat mana, baru ayah rempit 120-140. Maintain.
 Dalam curi-curi mama snap gambar sana sini.  Gila kalau ayah tau.  Mau kena leter tak habis.
 Bila lepas tol Juru, cuaca masih mendung tapi hawanya berlainan.  Agak panas sikit.  Tak macam masa area Perak tadi.  Sejuk gila. Terutama kat area terowong.  Sejuk.
 Lastly, sampai juga Jambatan Pulau Pinang.  Selalu lintas jambatan tak pernah snap gambar.  Mungkin sebab leka dengar radio kereta.  Ni dah tak da pa boleh buat.  Snap apa yang boleh.
 Untuk snap gambar atas motorsokal bergerak laju, memang mencabar.  Tak kena gaya boleh tercampak handfon.  Kena hati-hati.  Angin punyalah kuat.  Bimbang handfon jatuh.  Nak minta ayah perlahan, takut kena marah kalau dia tahu.
 Sorry lah kalau gambar banyak tak berapa elok.  Nak tangkap satu pun seksa.  Angin sentiasa tolak tangan kita.
 Pulau Pinang dah semakin dekat.  Tak berapa minit lagi sampailah tu.......


 Dengan Sym tak rasa sangat lengoh dan penat.  Tak macam apriala ayah.  Mau kaku kaki mama.  Nak turun motosikal pun tak boleh nak luruskan kaki.   Tu hanya sampai Grik je.  Pergi balik dalam 4 jam. Tapi duduk menunggeng 4 jam terasa teruk sangat.  Mama pun tak paham kenapa ayah sayang sangat kat apriala tu.  Kena dok menunggeng, tempat dok kecik, tempat letak kaki tinggi.  Dah macam tandas squad mama rasa.  Mama sampai Penang dalam 12.30 tengahari.  Sebab awal lagi, mama ayah terus gi kedai runcit kat Hamna untuk beli barang masak.  
kami sampai umah sempat masak makan tengahari.  Nasi putih, ikan goreng ayah masak.  Sayur lodeh dan sambal tumis petai ikan bilis, mama masak.  Kalau naik apriala, memang tak mampu wat apa-apa bila sampai umah.  Mama ajak ayah gi Hadyai pulak lah pas ni.  Adik dan kawan-kawannya sangat berselera makan tengahari tu.  Mungkin dah hampir 2 hari makan maggi saja.  Lapar sangat le tu.......  Mama tinggalkan duit suruh gi beli kat Subaidah.  Malas nak jalan le tu....