nuffnang

Wednesday, 30 January 2013

Mewahkah Kita???

Cuba tengok gaya hidup sekeliling kita.  Ada yang mengamalkan gaya hidup yang mewah dan ada yang sederhana.  Macam-macam gaya kehidupan.  Yang nampak mewah tu adakah benar-benar mewah?  Atau hanya nampak mewah tetapi sebenarnya cukup sengkek. Yang nampak sengkek tu adakah benar-benar sengkek atau mewah tetapi nampak sengkek.

Mungkin ukuran ini boleh membantu kita menilai tahap 'kemewahan' kita atau keluarga kita.  Ukuran ini bukan untuk kita menunjuk-nunjuk tapi untuk kita menilai prestasi kewangan kita.

1.  Jumlahkan semua simpanan tunai kita (simpanan mudah cair).  Campurkan semua yang boleh dijadikan tunai termasuk saham, simpanan tetap, Tabung Haji, amanah saham dan barang kemas.  Kalau barang kemas kena agak-agak dan dapatkan nilainya mengikut "used gold".  "Used Gold" ni kadangkala hanya 70% dari harga beli je.  Tapi ada juga kedai yang menawarkan lebih.

2.  Jumlahkan semua jumlah belanja bulanan kita.  Semua sekali.

3. Guna formula ini:
                                           JUM. SIMPANAN 
                                           JUM. BELANJA


Contoh:
SIMPANAN                                                      BELANJA
Tabung Haji               5,000                                Pinjaman rumah               500            
Saham Bank              4,000                                Pijaman kenderaan         800
Saham ABC              8,000                                Bayaran kad kredit           300
Tunai Bank A             2,000                               Utiliti                                400
Tunai Bank XYZ        3,000                               Minyak kereta                  400
                                                                          Belanja sekolah                200
                                                                          Makanan                         600
                                                                          Lain-lain                          300   
              JUMLAH   22,000                              JUMLAH                    3,500

Bahagikan 22,000 bahagi 3500 = 6.3

4.  Penilaian

                   Kurang 1                           Kewangan sangat tenat
                   1 - 5                                  Kewangan bermasalah/ tidak kukuh
                   6 -  10                               Normal
                   11 - 20                              Kewangan Stabil
                   21 - 50                              Mewah
                   50 - 100                            Sangat mewah

Renung-renungkan dan selamat menilai kewangan sendiri


Tuesday, 29 January 2013

Bila BP Mama Rendah
Hari ini mama jadi gelong bila bp terlalu rendah.  Ada yang tanya bp tu apa.  Bp tu blood presure atau tekanan darah.  Untuk bp yang normal,  bacaan atas antara 110 ke 130 dan bacaan bawah antara 70 - 90. Macam-macam cara mama buat untuk menaikkan bacaan bp.  Mama minum 100 plus, tak naik juga.  Mama tidur. tak naik juga.

Yang diluar tu, boleh tolong ke??
Mama minta call mama 016-4883302 jika ada petua.   
Mama masih Di Sini

Mama sebenarnya ada macam-macam story.  Tapi masa terlalu  ketat.  Sehari dua ni mama rasa tidur pun tak berapa nak cukup.  Entry ini mama hanya boleh cerita tentang diari/aktiviti mama sahaja ya.

Khamis 24 Januari 2013
Cuti Umum.  Mama hanya habis kan masa dirumah.  Menguruskan kerja-kerja rumah yang tidak pernah berkesudahan.

Jumaat 25 Januari 2013
Seawal jam 7.30 pagi mama memulakan rutin kehidupan.  Menghantar Si Bongsu ke sekolah dan   membeli sarapan pagi untuk famili.  Mama kemudiannya bersilat berkungfu mengemas dan mengumpul barang terpakai untuk ke kedai recycle.  Kemudian mama paksa my darling Ayah untuk bantu;
i)  Hantar pakaian ke dobi
ii) Ke kedai recycle
iii)Berurusan dengan Tabung Haji
iv)Makan tengahari di Bayan Lepas
v) Mengambil Si Bongsu yang gebu dari sekolah
vii)Menghantar kawan-kawan Si Bongsu  yang menumpang balik ke rumah.
viii)Membayar service fund di apartment kami.

Dan petangnya dihabiskan dengan menyambung kerja-kerja di rumah.

Sabtu 26 Januari 2013
Macam biasa mama ada urusan tetap di klinik USM sehingga jam 2.00 petang.  Baliknya rehat sebentar sambil tengok hindustan.  Ayah memang peminat tegar hindustan tau. Jan 5.30 petang mama sekeluarga bertolak ke Taiping.

Sampai Taiping sekitar jam 7.00 malam.  Selepas mengambil menantu dan cucu, kami bertolak ke Tanjung Malim melawat anak lelaki mama yang tidak dapat bercuti.  Mama ok. Kalau anak tak dapat balik, mama akan ke tempat mereka.  Tak payah nak berkira.  Kalau orang dulu-dulu, anak yang kena melawat ibubapa.  Tapi mama rasa mentaliti tu kena tukar, siapa berkelapangan yang datang melawat.

Ahad 27 Januari 2013
Mama sekeluarga bertolak balik ke Penang sekitar jam 7.00 malam.  Sampai di Taiping kira-kira jam 11.00 malam dan mama bermalam semalam di rumah menantu.

Isnin 28 Januari 2013
Mama bertolak balik ke rumah jam 7.30 pagi.  Cadangnya nak bertolak selepas subuh.  Tapi adik dua orang tu cukup liat bangun pagi.  Akhirnya kami sampai balik jam 9.00 pagi.



 

Thursday, 17 January 2013

Hobi MyPrincess
 Princess memang dari kecik lagi suka melukis terutama batik.  Seronok sakan bila dia dihadiahkan kit batik dari Abang Sufi dan Kak Fizanya.  Mereka makan angin ke Kelantan dan Trengganu.  Kit batik ni dibeli di Noor Arfa, Terengganu.  Apa lagi Princess senyap tak berbunyi menyudahkan batiknya.
Walaupun tak sampai A+.  Tapi lebih baik dari mama.  Mewarna batik ni, selain kreatif,  kena sabar untuk dapat h asil yang baik. Cantik juga lah , Princess.  Nanti boleh frame. Untuk budak tadika dah boleh tu......
Cupcake Princess

Princess begitu teruja untuk menjadi cikgu tadika.  Dia sanggup bangun pagi-pagi untuk menumpang mama dan singgah ke rumah kawannya, Farhana untuk belajar buat cupcake.  Sebagai persediaan jika ada slot masak-masak di tadika itu nanti, katanya.  Kanak-kanak akan suka pada keceriaan cupcake, itu pendapat Princess lah.

Apa pun mama puji semangat yang ada pada Princess.  Dan mama juga puji pada cupcake nya yang cantik dan sedap sangat tu......

Buat Princess, majulah sukan untuk negara.  Eh..eh.. silap.  Moga berjaya....
Station Baru
Ha... selalunya mama  park di meja makan diruang tamu.  Online sambil tengok dan dengar TV.  Tapi sekarang mama buat port baru.  Baik punya.  Dalam bilik tidur.  Ijat dah habis exam.  Dan dah balik ke rumah sehingga buka semester 2 nanti.  Ijat buat operasi mengemas biliknya yang dah lama ditinggalkan dengan penuh bersemangat.  Berjam-jam mama tengok dia make-up biliknya.  Dari mama balik lunch hingga mama balik rumah jam 5.30 petang.

Mengambil semangat Ijat, mama make-over pula port mama.  Tak lah sehebat Ijat.  Bersih berkilat, cantik dan nyaman.  Memang Ijat tu berbakat dalam kemas mengemas ni.  Bila dia buat, memang terbaik.  Mama tak lah sampai tahap Ijat.  Agaknya tak sampai 50% dari kebersihan Ijat pun. Tapi dapat juga port baru.

Ijat... Ijat memang terbaik lah.....

Sunday, 6 January 2013

Terubuk  Bakar
Sejak memiliki pemanggang Vantage dari Langkawi, corak pemakanan dah berubah.  Setiap hari menu adalah panggang.  Hari ini terubuk bakar, semalam cencaru bakar.  Yang syoknya bakar bila dah nak makan saja.  Dalam 15 minit dah siap.  Aktiviti di dapur amat menyeronokkan ketika ini.  Tak tahu lah akan datang.  Oleh kerana Ijat balik minggu ini, jadi menu utama adalah ikan.  Ijat kan amat menitik beratkan penjagaan kulit dan muka.

1 ekor ikan terubuk - dibasuh dengan limau nipis, di lumur garam & kunyit

1.  Panaskan kuali pemanggang Vantage.  Tuang sedikit minyak zaiton
2.  Panggang ikan tadi.  Panggang dalam 5 minit dengan kuali bertangkup. Penutupnya confirm rapat jika magnet melekat.
3.  Terbalikkan kuali dan panggang lagi 5 minit.
4.  Buka penutup.  Dan cucuk ikan.  Jika belum masak, teruskan seperti diatas.  Jika lembut bila dicucuk, bermakna ikan telah masak..

Hidang ikan dengan pencicah.  Antara pencicah yang sesuai adalah:
1.  Air asam
2.  air asam + kerisik + bunga kantan
3.  Sambal belacan
4.  Sambal kicap
Bayam & Cendawan Tumis Bening

 Sayur bayam ni memang faveret Princess.  Tak kiralah buat sayur bening ke, goreng ke. bayam saja atau campur sayuran lain.  Semuanya Princess suka. Masak bening tu bermakna tumis air saja.
Mayang halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih

1 paket cendawan - siat kecil
1 ikan bayan - ambil daun dan batang lembut sahaja
1 cili merah - mayang kasar
garam & setengah kiub ikan bilis
air

1.  Tumis bahan dimayang hingga wangi.  Campur air.
2.   Masukkan cendawan dan cili merah
3.  Masukkan garam & kuib ikan bilis
4.  Masukkan bayam.  angkat bila dah empok
Kari Kepala Ikan Merah
Mayang Halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

2 biji tomato (satu dadu halus satu lagi potong 4)
1 camca kecil halba campur
3 pelepah daun kari
2 batang serai
3 biji cili hijau - mama patahkan 2
setengah cawan santan kotak
2 cawan air
garam, asam jawa, perasa

1 kepala ikan merah - potong kecil

1. Tumis bahan yang dimayang halus bersama halba campur, daun kari dan serai hingga wangi.    
     Masukkan tomato yang di dadu halus.
2.  Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis kacau sebentar.\
3.  Masukkan santan dan air.  biarkan mendidih.
4.  Masukkan garam, asam jawa, perasa jika suka. Kacau dan biar mendidih.
5.  Masukkan ikan/kepala ikan.
6.  Masukkan tomato dan cabai hijau.
.

Thursday, 3 January 2013

 Breakfast Kampung Style

 On the way balik dari Johor ke Penang, singgah di Air Itam, Kluang.  Ehh... betul ke Air Itam tu daerah Kluang.  Tak pasti pulak.  Dah lama meninggalkan Johor dan jarang balik ni lah hasilnya.  Apa pun di Air Itam tu, pusat kraf dan hasil pertanian.  Hbby tahu mama sukakan keladi rebus.  Jadi, dibelikan mama 2 jenis keladi.  Yang putih tu keladi dan yang merah tu keledek.  Mama rebus sahaja dengan garam.  Pastu, makan cicah rendang tok.  Sedapnya.......

Sepetang di Johor Bahru

 Johor Bahru hari ini dan Johor Bahru 30 tahun lalu, amat berbeza.  Hari ini, Johor Bahru membangun pesat seperti bandaraya lain di Malaysia.  Mama boleh sesat jika memandu di Johor Bahru.  Mujur hbby pernah melanjut pelajaran di sini.  Tahu juga lah sedikit sebanyak jalan-jalan sekitar bandar.
Pantai Lido 30 tahun dulu memang tempat tumpuan.  Tapi sekarang ni, keasliannya mama rasa kurang.  Pantainya bukan 'ori' dah.  Dah ditambak sana-sini.  Dulu, mama dan keluarga boleh berkelah ditepian pantai ni.
 Berbalam-balam  di sana tu, adalah Singapura.  Petang tu hujan, tak berapa nak 'clear'.

 Kami sampai di Danga Bay.  Tempat ni dulunya bakau saja.  Sekarang dah diperelokkan untuk manafaat orang ramai.
 Kami tidak singgah di sini.  Sekadar mengambil gambar sahaja.
 Pentas utama bila ada keramaian di Danga Bay.


 Senja di Danga Bay.  Sunset di Danga Bay.
 Cantik pulak lanskap tanduk Danga Bay ni.  Boleh 'duplicate' jika suka.

Selamat Tahun Baru 2013

Walaupun dah terlewat 2 hari, mama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013.  Semoga 2013 membawa kejayaan lebih cemerlang kepada kita di dunia dan akhirat.

Sasaran mama untuk tahun 2013 ini:

1.    Biar
2.    Lah
3.    Rahsia


Hahha.....jangan marah...

Kepangkuan Bonda


Mama balik kampung di Johor selama 4.5H4M.  Tiap anak pasti bahagia tatkala kembali ke kampung halaman.  Mama pun macam tu.  Bila balik kampung sangat sentimental.  Ini lah rumah bonda mama.  Di rumah ini mama dibesarkan.  Bonda dan bapak pindah ke rumah ini sewaktu mama berusia 5 tahun.  Dah lebih 40 tahun.  Ha.... lama tu.  Disekitar ini lah mama main hujan.  Main tembak- tembak.  Main police-and-thief.  Main 'cap-tey'.  Mama jalan kaki ke sekolah.  Jauh juga ke sekolah.  Belakang rumah ada macam-macam pokok buah-buahan.  Durian, nangka, cempedak, rambai, rambutan, pisang,kelapa, manggis dan pelbagai pokok untuk masakan seperti pokok kari, daun pandan, serai, halia, lengkuas, dan pelbagai lagi.

 Ruang tamu kedua ni, tempat paling syok melepak.  Kalau adik beradik ramai-ramai balik, bukan nak tidur dalam bilik.  Semua nak berebut tidur depan TV.  Penuh beratur tidur depan TV.
 Dari mama kecil hingga mama dah tua, bonda memang 'sejuk tangan' menanam cili api.  Campak saja dimana, insyaAllah akan akan menjadi.  Ini antara pokok cili api bonda.