nuffnang

Tuesday, 25 December 2012

Kedamaian di bendang
 Mama dan keluarga menghadiri kenduri akikah di rumah Cikgu Manap di Alor Star.  Tahniah atas anugerah cucu ke 4.  Moga kehidupan akan datang lebih baik dari sebelumnya.  Selepas hampir sejam di Alor Star, kami bertolak ke Perlis pula.  Ke rumah biras mana.  Abang ipar telah lama tiada.  Hanya tinggal biras dan anaknya.  Sampai disana, biras sedang bersiap-siap hendak ke bendang.  Apa lagi, kami sekeluarga mengikut meronda ke bendang.
 Angin sejuk, segar dan nyaman menyapa.  Minda terasa damai dan tenang.  Yang ada bendang di kampung tu, rajin-rajin lah balik.  Selain mengeratkan silatulrahim dengan keluarga, minda memperolehi terapinya.
 Nikmatilah anugerah Nya ini.  Hiruplah udaranya sepuas hati.  Untuk yang memang dah tinggal di kampung seperti ini, kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi.

 Kalau bertandang ke Perlis, memang tak sah jika tidak membawa pulang..............
Yang ini lah.  Keliling rumah biras banyak pokok mempelam pelbagai jenis.  Sebelum balik, ini lah untuk kami sekeluarga.

Monday, 24 December 2012

Langkawi - Day 3
 After breakfast, kami terus ke jeti untuk menempah tiket balik.  Ramainya orang.  Kami dapat tiket untuk feri jam 4 petang.  Ada beberapa jam lagi sebelum check-out.  So, kami meronda area Royal Yacth Club.  Gambar ni berhampiran Westin Hotel.  Cantik kan.


 Tak tahu nak kemana.  Kami meronda ke Padang Matsirat.  Dalam perjalanan, teringin lepak di atas bukit pemandangan indah.  Tenang tempat ni di waktu pagi.










 Ramai sangat orang di area Beras Terbakar ni.  Sesak.  Kami singgah sekejap aje lah.


 Dari Padang Matsirat, kami berpatah balik ke pekan Kuah.  Menyusuri Jalan Penarak dan mencari-cari nostalgia lama.  Mencari Captain Resort, tapi dah tak ada.  Terus ke Pantai Beringin.  Hbby pernah melakukan aktiviti rekreasi bersama kumpulannya di pantai ini.

 Kami sempat singgah makan tengahari di gerai kampung dari Pantai Beringin ke pekan Kuah.  Not bad.  Masakan kampung. Tak sempat snap gambar.
 Balik ke hotel, berkemas dan check out.  Dan ini hasilnya.
 Princess dapat beg baru.  Pink kaler lagi.  Ikut suka lah.  Asal happy....
 Sementara menunggu feri, sempat menjenguk eagle dari jauh.







Langkawi - Day 2

 Pemandangan dari tingkap bilik.  Ini saja aktiviti yang mama boleh buat.  Yang lainnya masik asyik bergolek atas katil.  So, mama tak tahu nak buat apa.  Ambik gambar aja lah.  Seekor gagak hinggap ditepi tingkap dan mengetuk cermin dengan paruhnya.

 Mak Joi dan Mak Tam pernah menginap di hotel depan tu kan??  Tu, MyHotel tu. Yang putih satu lagi tu, Bayview.  Sekitar tulah tempat shopping.
 Sengget atau stylo???????????????????????
 Coffee House yang terdekat dengan bilik penginapan.

 Kepala keretapi penghias entrence utama.
 Taman menghadap laut.  Boleh santai-santai.

 ambil gambar ni sebab nak plagiat.  Ehhh.... plagiat bukan untuk akademik ke????  Entah le.  aapun bermaksud tiru le tu.
 Cantai orkid ni.










 Blok penginapan kami yang nampak kat depan tu................

 Sekitar jam 11 tengahari, kami menapak ke pekan Kuah.  Janjinya kereta sewa akan sampai sekitar jam 1.00 tengahari.  Butik Cotton Art ni tempat pertama kami shopping selepas makan breakfast cum lunch di gerai tepi jalan sebelah pejabat Majlis Bandaran.  Makan not bad.  Atau sebab kelaparan ???  Tak tau lah yang mana satu.  Rupa-rupanya, baju kat Cotton Art ni ada jual kat gerai-gerai.  RM25 saja.  Tapi kat gerai-gerai tu tak banyak pilihan lah.

 Lepas tu hbby hadiahkan mama yang ini.  "Lepas ni kita makan kat umah tiap hari kan mama???" penuh makna tu...
 Balik shopping naik teksi.  Dari tempat shopping ke hotel RM6.  Pasrah aje lah.  Mama tak larat jalan dah.
 Pintu utama penginapan.
 Lepas Zohor, kereta sewa sampai.  Kami terus keluar jejalan pusing pulau Langkawi.  Oleh kerana dah banyak kali datang sini, mama dah tak perlukan peta lagi.  Dah biasa explore.  Memula ikut jalan Temoyong.  Jalan tepi laut menghala ke Pantai Chenang.

 Berhamppiran awana ada jeti untuk ke pulau-pulau.





 Dah mula hujan renyai-renyai pulak.


 Berhenti makan laksa dan rojak kat tepi jalan berhampiran runaway airport.  Basah lepas hujan.






 Sampai ke pantai Tanjung Rhu.  Jalan masuknya dah ada guard.  Katanya dah jadi private property.  Tanjung Rhu ni ada kenangan kat sini.  Kali pertama ke Langkawi waktu Princess 3 atau 4 tahun.  Masih pakai pampes.  Bila bawa mandi laut, pampes jadi berat dan terlucut.  Terus mama tanam kat benteng pasir.  Waktu tu air surut.  Sampai la ni, panggil tempat tu Pulau Pampes.














 Sampai pekan Kuah, kami shopping lagi.  Seronok.  Shopping, makan, shopping, makan.  Tak pikir apa pun.  Kalau hari-hari macam ni, macam mana ya?
Menikmati sunset berhampiran penginapan.


 Malamnya keluar lagi.  Shopping, shopping, shopping.  Ada bazar berhampiran Bayview.  Budak 6 tahun ni menjual koyok.  Menarik.  Baru berusia 6 tahun, tapi petah menjual.  Seronok mendengar penerangannya.
Moga berjaya, ya adik...