Langkawi - Day 2
Pemandangan dari tingkap bilik. Ini saja aktiviti yang mama boleh buat. Yang lainnya masik asyik bergolek atas katil. So, mama tak tahu nak buat apa. Ambik gambar aja lah. Seekor gagak hinggap ditepi tingkap dan mengetuk cermin dengan paruhnya.
Mak Joi dan Mak Tam pernah menginap di hotel depan tu kan?? Tu, MyHotel tu. Yang putih satu lagi tu, Bayview. Sekitar tulah tempat shopping.
Sengget atau stylo???????????????????????
Coffee House yang terdekat dengan bilik penginapan.
Kepala keretapi penghias entrence utama.
Taman menghadap laut. Boleh santai-santai.
ambil gambar ni sebab nak plagiat. Ehhh.... plagiat bukan untuk akademik ke???? Entah le. aapun bermaksud tiru le tu.
Cantai orkid ni.
Blok penginapan kami yang nampak kat depan tu................
Sekitar jam 11 tengahari, kami menapak ke pekan Kuah. Janjinya kereta sewa akan sampai sekitar jam 1.00 tengahari. Butik Cotton Art ni tempat pertama kami shopping selepas makan breakfast cum lunch di gerai tepi jalan sebelah pejabat Majlis Bandaran. Makan not bad. Atau sebab kelaparan ??? Tak tau lah yang mana satu. Rupa-rupanya, baju kat Cotton Art ni ada jual kat gerai-gerai. RM25 saja. Tapi kat gerai-gerai tu tak banyak pilihan lah.
Lepas tu hbby hadiahkan mama yang ini. "Lepas ni kita makan kat umah tiap hari kan mama???" penuh makna tu...
Balik shopping naik teksi. Dari tempat shopping ke hotel RM6. Pasrah aje lah. Mama tak larat jalan dah.
Pintu utama penginapan.
Lepas Zohor, kereta sewa sampai. Kami terus keluar jejalan pusing pulau Langkawi. Oleh kerana dah banyak kali datang sini, mama dah tak perlukan peta lagi. Dah biasa explore. Memula ikut jalan Temoyong. Jalan tepi laut menghala ke Pantai Chenang.
Berhamppiran awana ada jeti untuk ke pulau-pulau.
Dah mula hujan renyai-renyai pulak.
Berhenti makan laksa dan rojak kat tepi jalan berhampiran runaway airport. Basah lepas hujan.
Sampai ke pantai Tanjung Rhu. Jalan masuknya dah ada guard. Katanya dah jadi private property. Tanjung Rhu ni ada kenangan kat sini. Kali pertama ke Langkawi waktu Princess 3 atau 4 tahun. Masih pakai pampes. Bila bawa mandi laut, pampes jadi berat dan terlucut. Terus mama tanam kat benteng pasir. Waktu tu air surut. Sampai la ni, panggil tempat tu Pulau Pampes.
Sampai pekan Kuah, kami shopping lagi. Seronok. Shopping, makan, shopping, makan. Tak pikir apa pun. Kalau hari-hari macam ni, macam mana ya?
Menikmati sunset berhampiran penginapan.
Malamnya keluar lagi. Shopping, shopping, shopping. Ada bazar berhampiran Bayview. Budak 6 tahun ni menjual koyok. Menarik. Baru berusia 6 tahun, tapi petah menjual. Seronok mendengar penerangannya.
Moga berjaya, ya adik...