nuffnang

Friday, 27 December 2013

Tip Elak Masalah

Orang kata jika kehidupan tanpa masalah, bermakna kita sebenarnya tidak berbuat apa-apa dalam kehidupan.  Termasuk berusaha untuk menjadikan kehidupan lebih baik.  Betul ke??  Pandangan mama, masalah dalam kehidupan memang tak boleh dipisahkan.  Masalah datang selari dengan kehidupan.  Tak kira lah, masalah kecil ke atau masalah besar.

1. Rancang
Memang kita sedia maklum, takdir manusia telah tertulis sejak asalnya lagi.  Tapi tak salah jika kita cuba untuk mencari yang terbaik.  Kita tidak tahu apakah yang tertulis untuk kita.  Oleh itu, jangan give-up untuk merancang apa yang terbaik untuk kita pada setiap masa.  Kuasa menentukan suatu kejadian, kuasa tuhan. Kuasa untuk merancang yang terbaik untuk diri sendiri, kuasa kita.  Apa yang terhasil, kita tawakal je.

Rancang setiap aspek walau pun kecil.  Ayah selalu kata. "Awat nak susah-susah sangat.  Nak makan pun pikiaq, nak ikut jalan mana pun pikiaq.  Make it easy.  just go with the flow je".  Mama tak setuju.  Walau pun simple pikiaq, tapi mesti kena pikiaq.  Pikiaq tu, tau ke??  Fikir la.  Tu la, when north meet south.  Kadang jadi north , kadang jadi south.

2.   Laksanakan
Bila dah fikir, apa yang lebih baik, terus laksanakan.  Biasanya cepat atau lambat nak jalankan, bergantung kepada kepentingan.  Jika yang mendesak, sure cepat laksana.  Kalau yang kurang mendesak, kita ambil masa sikit.

Kadangkala masa bermakna income, peluang.  Yang macam tu, kena buat secepat mungkin.  Laksanakan hanya perkara-perkara yang bersifat positif.  Jangan sesekali buat sesuatu yang bersifat negatif.  Walaupun beroleh kesempatan.  Remember, always remember satu hal ni.  positif akan menghasilkan positif, negatif akan hasilkan negatif.


3.  Nilai Semula

Memikirkan semula tindakan kita.  Jika perkara kecil, tak fikir semula, tak pa.  Tapi jika ianya suatu yang besar, kena memikirkannya.   Buat pembetulan jika kita fikir, kita tersalah buat keputusan.  Atau bincang dengan orang yang kita percayai sahaja dan kita tau dia memang ada pengetahuan tentang hal itu.  Yang kita tak percaya, get out.

4.  Berdoa
Doa, doa dan doa.  Setiap masa, setiap ketika dan setiap perkara.  Hanya itu iktiar kita yang terakhir.


Jalankan tanggungjawab kita. Jika kita  bapa, buat tanggungjawab seorang bapa.  Jika kita ibu, buat tanggungjawab seorang ibu.  Jika kita anak, buatlah tanggungjawab anak, suami, isteri, jiran, rakan, adik beradik, saudara seagama, pekerja atau majikan.  semuanya ada tanggungjawab.  Laksanakanlah.........






No comments:

Post a Comment