nuffnang

Sunday, 1 December 2013

3D2N Langkawi - Feri

Sesampai kami di hadapan Jeti Kuala Perlis, mama turun sendiri untuk membeli tiket.  Ayah bawa kereta cari parking.  Pasal apa tau.  Pasal nak beli tiket tu kena line-up panjang waktu cuti sekolan macam ni.  Kami sampai jam 4.00 petang.  Tapi kami dapat tiket jam 6.00 petang.  Feri last ke Langkawi jam 7.00 malam.  Lepas tu tak da feri dah.  Kena bermalam di mana-mana hotel di Kuala Perlis sementara menanti feri esoknya.  Kan masalah tu.... Tapi ruang menunggu kat Kuala Perlis ada air-cond.  Selesa lah sikit.  




 Dibawah pula adalah Jeti Langkawi.  Masa nak menuju ke Kuala Perlis pula.  Ayah beli tiket selepas check-out dari hotel.  Lepas beli tiket kami jejalan dulu.

 Ruang menunggu untuk berlepas di Jeti Langkawi ni tak da air-cond.  Paham-paham saja la.  Be prepared untuk yang bawa anak kecil tu.  Maklum lah bebudak ni, bukan paham keadaan.  Bila panas dan tak selesa mulalah nak meragam..  Walaupun tepi laut, tapi kawasan ini coved dengan glass.  So, tak berapa selesa bila tiada air-cond kan.





No comments:

Post a Comment