Menjelang 2014
2014 akan datang tidak berapa lama lagi. Pakar ekonomi meramalkan kemelesetan ekonomi berlaku selewat-lewatnya tahun 2016. Itu jangkaan paling lewat. Maknanya, walau kita cuba bendung macam mana kemas sekali pun, kemelesetan ekonomi tetap datang, paling lewat 2016. Dan 2014 ini dijangka tahun yang meresahkan dengan kenaikan harga. Bila harga naik, pendapatan tak cukup. maknanya, dengan duit gaji RM1000 sebelum ni, dapat menampung makan sekeluarga sebulan, jadi tak cukup.
Jadi, apa perancangan kita. Mama ni dari golongan bawahan. Tentu merupakan golongan yang paling terkesan dan paling runsing dengan keadaan ini. Rungsing saja pun tak membawa apa-apa makna. Kena buat sesuatu untuk membantu kita mendepani keadaan.
Apa mama nak buat?
1. Mama nak kurangkan belanja harian.
1.1 Mama akan kurangkan penggunaan elektrik. Sekarang mama guna antara RM 200 - 300 sebulan untuk elektrik. Jadi, mama nak kurangkan ke RM100-200 sebulan sahaja. Mama akan tutup semua suiz elektrik. Tutup semua lampu semasa tidur. Guna lampu koridor yang management pasang sahaja. Tidur satu tempat saja untuk semua anak beranak. So, guna 1 air-cond saja. Penggunaan air memang dah sikit. Adik tak suka mandi.
1.2 Makan diluar hanya semasa bekerja. Tiada makan diluar bersama famili. Bila semua balik, mama akan aturkan acara masak memasak. Kan ada ramai. Boleh bantu sorang sikit. Tak ada PHDelivery atau McDDelivery.
1.3 Tiada trip jejalan yang berbajet besar. Trip jejalan ke kebun sahaja pada hujung minggu. Trip ke kebun Sabtu dan Ahad untuk menaman pisang. Mama akan fokus untuk menanam pisang lebih banyak di kebun. Mama akan beli anak ikan dan lepaskan kat taliair di kebun kita. Mungkin ikan talapia. Makanan ikan tu, tak payah bagi kot. Kat taliair tu penuh dengan nutrien untuk ikan. Kecuali lepas 2 atau 3 tahun bila dah kena baham dek ikan-ikan tu, baru kena beli makanan tambahan.
1.4 Mama nak hadkan perjalanan. Seminggu nak guna minyak RM50 sahaja. Mama nak repair basikal Princess. Setakat nak gi Tesco sebelah rumah tu, mama nak kayuh basikal aje lah. Atau nak gi Subaidah, kayuh je.
1.5 Mama nak buat kerja part-time kat mana-mana. Tapi ayah tak benarkan. Kalau tak, boleh juga sedekah kat yang memerlukan, pendapatan yang diperolehi.
1.6 Mama hanya beli 2 helai baju, tudung dan kasut. Itu pun untuk Raya. Tiap hari keja pakai baju uniform. Tudung recycle 5 helai dah la.
kalau berjaya, mama nak nyanyi:
Kalau aku kaya ................
Hari-hari Hari Raya.............
No comments:
Post a Comment