Tauhu goreng biasa dan dicicah dengan sambal kicap. Sambal kicap yang mudah. Cili api (ikut nak pedas mana) mama guna cili 3 biji sahaja. Takut perut meragam. Bawang putih 2 biji yang saiz paling besar dalam labunya. Dan 3 sudu teh gula. Tumbuk halus dan bila dah halus masukkan kicap.
Sambal sardin, macam biasa sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dimayang. Kemudian masukkan cabai kering yang dikisar. Jangan banyak sangat, jika tak tahan pedas. Bila garing, masukkan kuah sardin, sedikit asam jawa, sedikit garam, sedikit gula. Bila dah naik minyak, masukkan ikan sardin, tomato yang dibelah 4 dan cabai hijau yang dibelah tengah. Angkat.
Dan untuk anggota family mama yang tak makan sardin , mama goreng ikan kembong.
Beres.....
No comments:
Post a Comment