Seronok kerana setiap minggu akan ada sahaja anak yang datang menjengok mama dan ayah. Minggu lepas Si Sulung sekeluarga balik.
Mama masak nasi lemak dan sambal telor untuk sarapan. Ayah beli roti telor dari Kedai Mamak Subaidah.
nuffnang
Saturday, 22 March 2014
Aku Tergoda
Si Bongsu: "Mama, kalau tanya jangan marah, ya"
Mama: 'Okay. Cakaplah, janji tak marah"
Si Bongsu: "Mama ada masalah duit, ke?"
Mama: "Tak da. Biasa saja"
Si Bongsu: "Tapi selalunya mama larang kami semua makan mee maggi. Tapi sekarang mama buat mee maggi pulak"
Mama melanggar pantang sendiri. Dengan anak-anak memang tegas larang mereka dari makan maggi. Seberapa yang boleh. Kecuali jika dah terdesak.
Tapi petang tu, waktu gi Tesco, tergoda pulak dengan mee maggi goreng. Terus rembat sebungkus (ada 5 paket). Udang dan cabai.
Balik mama buat telur dadar kosong. Mama cincang bawang putih, tumis bersama udang yang dah dibersihkan. Masukkan mee maggi yang telah direbus lembut dan ditos airnya. Campur bahan yang diberikan dan cabai hijau dan merah. Tabur potongan telur dadar tadi.

Durian Dah Berbunga
Perhatian, perhatian......
Nak habaq mai, dorian mama dah berbunga.....Ha...macam tu lah rasa cerianya di hati mama. Bila melihat bunga durian yang ber'tengkek-tengkek' di atas pokok.
Ya Allah, berikanlah rezeki MU kepada ku. Izinkan lah mama merasa buah dari apa yang telah mama usahakan. Aaminnnn....
Pokok durian sebelah, Mak Ngah Lah pun berbunga lebat juga. Harap adalah rezeki nanti.
Happy Birthday To Me
5 siri bereti mahal, exklusif, berharga, lambang keunggulan, ketelitian, dan semua yang sewaktu dengannya. Bila fikir balik, memang betul juga. Kena teliti dalam menjaga kesihatan. Mahal dalam penjagaan - perlu kereta tak digalakkan bas, perlu tilam selesa, tak boleh span panas saja, dan macam-macam meragam lagi. Silap makan kembong/angin pulak....
Dan minggu lepas, rasmi lah mama memasuki 5 siri. Terima kasih kat Tekun. Susah payah buat sikit sambutan untuk orang tua ini. TQ Siti, TQ Dayah dan semua Tekun.
Semua orang akan merasa jadi tua seperti mama. Tua bukan datang pilih orang. Semua merasa. Apa yang kita usahakan semasa muda akan kita terima habuannya bila tua. Oleh itu, jika ingin menikmati masa tua yang sihat dan bergaya, usaha bermula ketika muda.
Dan minggu lepas, rasmi lah mama memasuki 5 siri. Terima kasih kat Tekun. Susah payah buat sikit sambutan untuk orang tua ini. TQ Siti, TQ Dayah dan semua Tekun.
Untuk you all, yang masih muda belia tu, termasuk anak-anak mama, jaga lah kesihatan. Kesihatan sepanjang hayat.
Bersyukur kerana masih seperti ini diera sekarang. Syukur, alhamdulilah.... Jika kita kata kita malang, masih ramai lagi yang lebih malang di luar sana, jika kita kata kita sihat, masih ramai lagi yang lebih sihat di luar sana. Sesungguhnya, syukur, alhamdulilah atas segala kurniaan dan kasih sayang MU kepada ku....
Sunday, 9 March 2014
2 Hari Yang Mendebarkan - Kapalterbang MAS Hilang
Sepanjang 2 hari ini, mama sekeluarga kehilangan mood untuk melakukan sebarang aktiviti. Tumpuan kami sekeluarga sepenuhnya pada TV. Nak sangat tahu, apakan ending kepada kapalterbang Mas yang hilang. Walaupun tiada anggota keluarga terdekat yang terlibat, tetapi, kebimbangan di minda ini tak boleh lenyap.
Semua butir maklumat dari TV, kami dengari dengan teliti sekali.
Setiap waktu, doa kami sekeluarga, biarlah happy ending pada keadaan ini. Moga semuanya berada didalam keadaan yang baik. Ya Allah....permudahkan lah.......
Semua sumber berita on-line, mama godek. Kot-kot jika ada berita yang terbaru dan berita baik.
Suspen....suspen.........sungguh.

Mood Ahad
Ayam Goreng Rempah
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai. Perap dengan ayam yang telah dicuci bersih. Tambah garam, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar. Perap paling kurang setengah jam.
Bila nak goreng, pecahkan telor dan gaul. Tabur tepung ubi dan gaul. Goreng dengan minyak seperti menggoreng ayam biasa.

Sayur bayam goreng.
Breakfast roti boom
Kari ikan nyok-nyok
Selepas 17 tahun
Selain pokok pisang yang memang menjadi mejoriti di kebun, ada juga pokok lain yang terdapat di kebun mama.
Pokok rambutan. Kerap berbuah. Tapi selalunya kering satu pokok. Offer kat semua orang suruh ambil sendiri tak da sapa mahu. Lastly buah rambutan kering sendiri. Mama ayah memang tak larat nak petik. Kami ambil setakat mana kami nak makan sahaja.
Pokok mata kucing. Tak pernah berbuah lagi. Hai...berbuahlah pokok. Berilah keceriaan dihati ini.
Mempelam cokanan. Memang sering berbuah. tapi mama jarang ambil. Tak tahu buah pergi mana....... Ada lebih 39 batang lagi besar seperti ini di belakang tu.
Pokok kari belakang pondok yang tak pernah di siram.
Tapak bangunan ini telah ditambun. Rasanya dah lebih 50 lori tanah digunakan. Tapak memang dah terlebih mampat.Pokok rambutan. Kerap berbuah. Tapi selalunya kering satu pokok. Offer kat semua orang suruh ambil sendiri tak da sapa mahu. Lastly buah rambutan kering sendiri. Mama ayah memang tak larat nak petik. Kami ambil setakat mana kami nak makan sahaja.
Pokok mata kucing. Tak pernah berbuah lagi. Hai...berbuahlah pokok. Berilah keceriaan dihati ini.
Mempelam cokanan. Memang sering berbuah. tapi mama jarang ambil. Tak tahu buah pergi mana....... Ada lebih 39 batang lagi besar seperti ini di belakang tu.
Ya Atau Tidak
Mama tak tahu nak buat keputusan. Pihak Risda menawarkan untuk membantu menanam getah di kebun. Mama tak tahu nak buat keputusan macam mana. Nak terima ke tak. Nak bantu percuma. Jika fikir singkat memang semua orang akan terima.
Tapi mama ni jenis yang sangat komitted. Jika dah bersetuju untuk melakukan sesuatu, akan sedaya mungkin buat sampai lengkap. Bagi mama jika terima bermakna mama kena komit sehingga pokok ini kena tebang semula.
Persoalannya, mama nak ke menoreh setiap hari selepas 4 tahun nanti. Jika bukan mama, siapa????

Ini lah tanah yang masih kosong tak bertanam apa-apa. Adakah patut diterima offer dari pihak Risda untuk memenuhkan tanah yang masih kosong?? Susahnya nak buat keputusan.
Sapa nak bagi idea, angkat tangan......
Monday, 3 March 2014
Gulai Munggai Dan Udang
Ada yang memanggil buah munggai, ada yang memanggil ramunggai. Ikut suka lah. Buahnya panjang-panjang. Pucuknya boleh dimasak goreng. Sedap juga. Mama pernah buat masa tinggal di kuaters JKR dulu. Berhampiran Jalan Burma. Sekarang kuaters tu dah jadi hotel, Hotel 1926 Pulau Pinang tu.
Resepinya:
Buah munggai. Berapa banyak, ikut sukalah. Tapi kena potong dalam 4 inci gitu. satu batang munggai tu kalau potong dapat dalam 4 atau 5 keratan. Cuci bersih. Rebus hingga empok. Nak tahu macam mana dah masak, kalau picit keratan munggai akan terbelah dan isinya lembut. Tu makna masak dah.
Buang airnya jika ada banyak sangat air. Buah ini tak pahit, tapi kalau banyak air nanti kuah gulai cair. Kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Masukkan dalam periuk bersama munggai yang dah direbus, tambah sepaket serbuk kari (mama guna kari udang). Dan santan. Masak hingga bawang hilang bau dan masukkan udang yang telah dibersihkan. Bila udang dah masak, tutup api.
Untuk tumis darat:
Bawang merah dimayang, cabai kering dipatah 2. Tumis bawang dan cabai kering hingga garing, masukkan daun kari. Curahkan minyak dan bawang, cabai, daun kari itu keatas gulai. Biarkan jangan dikacau sehingga dihidangkan.

Ringkas Tetapi Menyelerakan
Maksud menyelerakan diatas adalah merujuk kepada selera mama sahaja. Tiada kena mengena dengan orang lain. Tapi jika nak copy paste, silakan...
Tauhu goreng biasa dan dicicah dengan sambal kicap. Sambal kicap yang mudah. Cili api (ikut nak pedas mana) mama guna cili 3 biji sahaja. Takut perut meragam. Bawang putih 2 biji yang saiz paling besar dalam labunya. Dan 3 sudu teh gula. Tumbuk halus dan bila dah halus masukkan kicap.
Sambal sardin, macam biasa sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dimayang. Kemudian masukkan cabai kering yang dikisar. Jangan banyak sangat, jika tak tahan pedas. Bila garing, masukkan kuah sardin, sedikit asam jawa, sedikit garam, sedikit gula. Bila dah naik minyak, masukkan ikan sardin, tomato yang dibelah 4 dan cabai hijau yang dibelah tengah. Angkat.
Dan untuk anggota family mama yang tak makan sardin , mama goreng ikan kembong.
Beres.....

Saturday, 1 March 2014
Selamat Pagi Ahad
Bestnya Ahad. Ada extra masa bergolek-golek di tempat tidur. Boleh breakfast lambat-lambat. Kerja-kerja di rumah pun boleh disempurnakan dengan santai. Kan syoknya jika hari-hari adalah hari Ahad. Tak payah bergelut dengan masa. Terkejar ke sana ke mari. Terkejar buat itu dan ini. Berangan lah, mama oii... dah tua pun masih nak berangan...
Ahad yang santai, pagi-pagi lagi mama ke pasar sebelah rumah, tesco. Beli barang dan terus masak.
1. Menu pertama: Nasi goreng dan ulam
Nasi goreng macam biasa. Tapi mama potong halus daun pucuk gajus dan daun selom. Masuk dalam nasi goreng sebelum di angkat.
Lepas tu mama rebus spagetti sampai empok. Campur secubit garam. Bila dah kembang dan lembut, mama campur sedikit minyak. Angkat dan tos. Hidang.
Kuah macam biasa. Tumis bawang holland dan bawang putih yang di cincang. Lepas agak garing masukkan tomato puree dalam 1 camca gitu. tambah sikit air kacau jangan hangus. Tambah sos prego (rasa tradisional) tambah sedikit garam, gula, perasa, 5 spice. Bila rasa dah ok, tambah meatball. Masa sampai agak pekat.

Subscribe to:
Posts (Atom)