nuffnang

Saturday, 22 February 2014

Cerita Kebun Saya


Minggu lepas, Sabtu 15/2/2014, mama balik kampung untuk menghadiri kenduri rumah Kak Chik Bedah.  Selepas makan kenduri, sempat mama ayah singgah ke kebun yang terletak di seberang jalan dari rumah kenduri.
 Kebun sangat bersih hasil kerja Pak Teh Hashim.  Bayaran upah membersih kebun dibayar mengikut berapa yang diminta.  Tapi sangat puas hati.  Bersih.  Siap bungkuskan buah nangka lagi.  Dibalut 3 biji sekali.
 Pokok nangka tinggal sebatang yang masih hidup.  Tapi buah nya sangat lebat.  Masih banyak buah muda diatas pokok.
 Pak Teh dan Mak Teh menanam pokok bendi dan peria.  
 Pokok kelapa yang mama tanam, dah besar panjang.  Benih kelapa ni mama beli di nurseri area Rantau Panjang masa sering temani ayah ulang alik ke sana dulu.  Baca entri mama masa awal-awal dulu.
 Sabtu minggu ni, mama ke kebun lagi.  Syok sebab kebun dah bersih.  Buah yang berbalut 3 biji tu, dah tinggal 2 biji.  Dan salah satu yang tinggal tu, masak.  Memang rezeki mama.  Datang tepat pada masanya.
Buah sangat baik.  Manis, isi tebal, warna kuning .  Memang gred 1 lah.  Tapi saiz buah saja agak kecil.  Kecil pun, tak habis makan.  Tapi jika untuk jual, timbangan tak banyak lah.  Pokok ni tanam tak lama.  Mama ingat dalam penghujung 2007 gitu.  Mei 2010 mama merasa buah sulungnya. Masa mama baru balik dari tanah suci, 25 Dis 2009, mama nampak pokok mula berbuah sulung.  Dah agak besar.  Dan dalam Mei tu, masak buahnya.

Syukur, alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment