nuffnang

Thursday, 27 February 2014

Harga barang & pendapatan

Situasi:

Harga makanan pada hari ini, agak tinggi .  Keadaan ini sedikit menekan mama dalam kehidupan. RM10 macam tiada nilai dah.  Agenda jimat cermat mama pun belum dapat dilaksanakan.  Ada saja perkara yang menyebabkan mama tergelincir dari landasan jimat cermat.  Rasa-rasa memang dah buang mana-mana aktiviti pembelian yang tidak mustahak.  Semua yang dilakukan adalah dalam kategori mustahak dan jika tidak dibeli/dibayar akan menjejaskan kehidupan belaka.  Tiada yang
Gambar hanya hiasan


Cadangan penyelesaian:

Hujung minggu ni, si sulung nak balik.  Ingat nak minta dia tolong mama gali untuk menanam benih tebu di kebun.  Si sulung kata, tebu , 8 bulan dan mengeluaran hasil dan kiraan hasilnya juga diberikan.

Wah,  kena rebut peluang ni.  Kena buat sungguh-sungguh.  Sure hujung minggu ni jadilah mama, Hang Cangkul....

REMPIT STRAWBERRY

Kenapa mama katakan 'rempit strawberry'??

 Kerana ayah samggup ambil cuti dan merempit seharian dari jam 8.00 pagi hingga sampai semulakerumah jam 9.30 malam, hanya untuk mendapatkan.......................................

                                                                *
                                                                *


                                                                *

                                                                *

 2 paket strawberry 


dan
7 tongkol jagung manis.


Saturday, 22 February 2014

Nangka Madu

Sehari dua ini, mesti menu kami disulami buah nangka.  Buah nangka nan sebiji ini, tidak habis-habis diulang.  Tapi masih banyak lagi.  Nanti masa nak hantar si nombor tiga balik ke asrama (dia tak drive sendiri sebab road tax mati.  Nak renew 27 hb baru boleh.  Beberapa hari saja lagi.  Insuran dia masih hidup sampai 27 hb.  Rugi kalau renew sekarang. NCD - non claim  diskaun - dapat 25% berbanding 27 hb dapat 30%). Masa otw nanti nak singgah rumah si sulang, hantar nangka.  Itu pun kalau big boss, tak mengada-ngada.  Kadang tu, big boss banyak kerenah.  Tak nak singgah la.  Nak cepat la.  Macam-macam.

 Tengok tu nangka kami.  Dia punya jerami/sesunggut pun besar dan manis.  Memang berbaloi tanam sendiri.  Puas hati sangat.
Nak tanam banyak, takut cramp pulak kebun tu.  Nak tambah kebun, tak mampu le.  Tanah di Penang, tau saja la harganya.  Ini pun Allah beri juga rezeki untuk mempunyai sekangkang kera. Itu pun ada juga suara sumbang kata mama dapat kebun tu dari warisan tok nenek.  Halo, halo,  mama ni asal orang Johor, mana tok nenek mama ada kebun kat dalam Penang ni.  Walaupun hbby asal orang situ, tapi dia tak mewarisi apa-apa dari keluarganya, ya.  Mama beli kebun tu dengan keringat dan airmata mama sendiri ya.  Tak ada sponsor dari sesapa.  Sendirian berhad.

Apa pun, Syukur alhamdulilah.

Menguji Madu Asli

Bagaimana nak tahu, madu yang dibeli adalah asli atau tidak???

Mai, mai mama tunjuk cara yang mama guna.  Betul atau tidak tak tahu lah.  Tapi rasanya macam betul dan boleh dipercayai test ni.

1.  Mula-mula, tuang sedikit madu diatas pinggan.

 2.  Tuang sedikit air keatasnya.  Mama guna air mineral sebab nak minum lepas test tu. Tuang perlahan-lahan agar madu tidak berkecai.
 3.  Goyang atau buat macam mengayak perlahan.  Pastikan air tadi bergerak seperti bulatan mengikut jam.  Jika madu asli,  selepas beberapa minit, dalam 2 minit gitu, madu tadi berbentuk seperti sarang labah-labah.  Itu lah menunjukkan madu asli.  Jika dia bercampur gula atau gula merah,  masa kita goyang/ ayak tadi, air mineral dan madu akan bercampur terus.  Tak ada sarang labah-labah tadi.  Madu mama confirm madu asli.  Tapi kamera cikai ni tak dapat merakan gambar secara mikro.

Cerita Kebun Saya


Minggu lepas, Sabtu 15/2/2014, mama balik kampung untuk menghadiri kenduri rumah Kak Chik Bedah.  Selepas makan kenduri, sempat mama ayah singgah ke kebun yang terletak di seberang jalan dari rumah kenduri.
 Kebun sangat bersih hasil kerja Pak Teh Hashim.  Bayaran upah membersih kebun dibayar mengikut berapa yang diminta.  Tapi sangat puas hati.  Bersih.  Siap bungkuskan buah nangka lagi.  Dibalut 3 biji sekali.
 Pokok nangka tinggal sebatang yang masih hidup.  Tapi buah nya sangat lebat.  Masih banyak buah muda diatas pokok.
 Pak Teh dan Mak Teh menanam pokok bendi dan peria.  
 Pokok kelapa yang mama tanam, dah besar panjang.  Benih kelapa ni mama beli di nurseri area Rantau Panjang masa sering temani ayah ulang alik ke sana dulu.  Baca entri mama masa awal-awal dulu.
 Sabtu minggu ni, mama ke kebun lagi.  Syok sebab kebun dah bersih.  Buah yang berbalut 3 biji tu, dah tinggal 2 biji.  Dan salah satu yang tinggal tu, masak.  Memang rezeki mama.  Datang tepat pada masanya.
Buah sangat baik.  Manis, isi tebal, warna kuning .  Memang gred 1 lah.  Tapi saiz buah saja agak kecil.  Kecil pun, tak habis makan.  Tapi jika untuk jual, timbangan tak banyak lah.  Pokok ni tanam tak lama.  Mama ingat dalam penghujung 2007 gitu.  Mei 2010 mama merasa buah sulungnya. Masa mama baru balik dari tanah suci, 25 Dis 2009, mama nampak pokok mula berbuah sulung.  Dah agak besar.  Dan dalam Mei tu, masak buahnya.

Syukur, alhamdulilah.

Friday, 21 February 2014

Friday, 14 February 2014

Thursday, 13 February 2014

Cemburu


Memang jeles.  Ayah nak gi rempit dengan geng rempitnya 27/2/14 ni.  Rabu.  Dah pasti tak boleh ikut.  Buat mama sangat jeles......

Steamboat

Bila anak balik, kami sekeluarga meraikannya dengan makan malam ramai-ramai.  Seronok berkumpul, berbual dan bergelak ketawa sama-sama kami.  Tanpa berpenat lelah menyediakan, menghidang dan mengemas semula.  


Pasport Zaman Dahulu

Nak tengok tak.  Pasport terhad kepunyaan mama.  Zaman dulu-dulu.  Mama ingat dalam tahun 1982 gitu.  Pasport ini hanya boleh ke Singapura sahaja.

Ni dia.......................

Tapi gambar tak boleh tunjuk.  Malu....................Ayah dan anak-anak, gelak sampai nak tergolek-golek, tengok gambar mama masa umur 20 tahun.  Padahalnya muka tu juga yang ayah dok angau dulu........sobsobsob........
 Adalah beberapa kali masuk jejalan ke Singapura.  Masa tu....
 Shopping kat Singapura masa tu, cukup seronok.  Barang murah-murah.  Duit Singapura dan Malaysia, sama nilainya.  Tapi barang di sana tanpa cukai.... Best sangat....

Saturday, 8 February 2014

Blackpepper Lamb

Jom masak kambing....Kambing ni beli yang dah siap perap kat tesco.  Balik rumah, potong kecil dan goreng dalam pan dengan sedikit minyak zaiton.  Tambah bawang besar yang dipotong kasar dan tomato dadu.




Friday, 7 February 2014

Bingka labu

Mama gunakan resepi dari yatiememories.  Terima kasih.  Moga beroleh kebajikan dari perkongsian ini.

 Dalam bekas besar satukan 1 cawan santan, setengah cawan gula, secubit garam, 2 sudu mentega, 2 cawan tepung gandum.  Kacau dengan pemukul telur (yang manual tu) hingga semua sebati dan tidak bergentel.
 setengah biji labu dikupas, direbus dan ditos.  Campurkan kedalam adunan tadi bila sejuk.
masukkan separuh adunan dalam blender campur 1 cawan air.  Blend.  Tuan dalam bekas.  Ambil lagi setengah adunan yang tinggal, blend bersama secawan ait.  Kenapa mama blend 2 kali.  Sebab blender tak cukup besar.  Kalau bubuh semua nanti tak boleh jalan.

loyang sapukan mentega.  Panaskan seketika.  Tuang adunan tadi kedalam loyang. Tabur bijan.   Bakar 1 jam. Suhu 160 darjah dan api atas bawah.

Mee Bandung

Paste Mee Bandung yang dibawa dari Johor, (beli di Citarasa Rinduan) masih ada stok.  Mama jadikan mee,  bukan bukan spagethi bandung.  Mama gunakan 2 set paste mee bandung untuk seisi keluarga.  Masukkan dalam 1 liter air, didihkan dan masukkan paste dulu.  Lepas dah beberapa ketika baru masukkan set kacang + udang kering tu.  Mama tambah garam dan sedikit asam jawa dan tomato sos.  Bila dah rasa ok, angkat.

Spagethi direbus, telur direbus, sawi di celur, taugeh dicelor.  Tauhu digoreng dan potong nipis.  Hidangkan bersama limau kasturi potong. Tabur bawang goreng dan daun sup dan daun bawang yang dimayang.