Kuasa Cinta, Kasih Dan Sayang
Cinta, kasih dan sayang, dilihat dari pelbagai perspektif. Dari macam-macam sudut. Pengertian tersurat dan tersirat yang macam-macam.
Tapi mama nak cerita tentang cinta, kasih dan sayang dalam kalangan keluarga. Selalu tak kita bermunasabah (ada kata munajohor, munapenang dll). Kita fikir dan jawab sendiri lah:
1. Sejauh mana cinta kita, kasih kita dan sayang kita kepada keluarga sendiri??? Ada berapa bar???? Full bar?? Satu bar?? Dua bar??? atau berapa???
2. Adakah cinta kita macam yoyo. Kadang-kadang penuh, kadang-kadang kosong.
3. Apa yang sanggup kita buat untuk mereka-mereka yang kita kata, kita cinta, kasih dan sayang itu??
4. Kalau cinta, kasih dan sayang, sejauh mana kita mendahulukan mereka dari orang lain. kalau sayang, dahulukan mereka dari yang lain. Jika mereka dalam kesulitan, dahulukan mereka dari membantu orang yang jauh macam Gaza tu. Bukan nak kata jangan bantu Gaza. Tetapi nak kata, jika keluarga susah, dahulukan mereka. Iutlah cinta dalam keluarga.
Kenapa mama ni cerita pasal cinta. nak jadi Dr Love ke?? Tak le macam tu. Kerana bila mama baca dalam suratkhabat dan lain-lain, banyak sangat masalah dalam keluarga orang kita. Mama tak tahu dari mana punca. Tapi bagi mama, jika kasih sayang keluarga utuh, yang susah jadi senang. Yang negatif jadi positif.
Apa yang penting ...??? Kerjaaaa...sama.....(dalam nada nyanyian wonderpet)
No comments:
Post a Comment