nuffnang

Friday, 14 June 2013

Cerita Asam Pedas Johor

Musafir mama, ayah dan Paan selama 3H3M ke Johor dipenuhi aktiviti berulang alik ke hospital.  Walaubagaimana pun makan-time, memang tak pernah ambil ringan.

Day 1

Breakfast cum lunch

      Menu:  Asam pedas ikan siakap (isi), tempe goreng rempah, ulam + sambal belacan, nasi   
                  putih 3pinggan.

     Lokasi:  Restaurant berhampiran Hospital SIJB

     Price:  RM42.00 sekali minuman dan ada service charge lagi.

Dinner

     Menu:  Hampir sama dengan diatas dan harga pun lebih kurang sama.

Day2

Breakfast cum lunch

      Menu:  Asam Pedas, nasi putih, Ikan goreng dan sayur ( 3 orang)

     Lokasi:  Kafetaria Hospital SIJB

     Price:  Tak berapa ingat tapi tak sampai RM15

Dinner

     Menu:  Asam Pedas dan sebagainya (2 orang)

     Lokasi:  Restaurant sama seperti Day 1

     Price:  RM 24.80


Cerita banyak-banyak ni pasai pa???Nak cerita asam pedas dan harga nya ke?? Nak kata makan asam pedas mahal di JB ke??Ya, memang nak cerita lah. Tapi nak cerita yang kat bawah ni.

Day 3

 Sampai di sini dah tengahari.  Sekitar jam 1.00 tengahari.  Misi utama bersilatulrahim dengan keluarga abang ipar yang menetap di Keluang, Johor.  Tempat ini dicadang oleh beliau.  Untuk sampai ke lokasi ini, kena keluar ke susur Air Hitam.  Selepas bayar tol dan sampai di persimpangan lampu isyarat, pusing kanan.  Jalan terus sampai Ladang Organik Zenxin dan gerainya sebelah kiri bercat warna kuning.


2 ketul lampan (isi), 1 kepala talapia dan isi, 2 ketul rohu (isi dan ekor) masak lemak cili api, 2 ketul patin, 1 isi talapia (bungkus), ulam kacang kelisa/botor + sambal belacan dan minuman (milo ais sedappp). 

Dok congak dalam kepala, kalau kat Penang biasalah.  Mesti RM100 juga lah.  Tapi sangat mengejutkan,  semua sekali termasuk minuman extra, RM40.00.  Biar betul.  Tapi memang betul, itu harga yang dikenakan. Makan memang sedap.  Berpeluh satu badan dengan nasi hangatnya. 

Kalau ke Johor mesti nak gi sini lagi.  Berbaloi dengan famili yang ramai.


No comments:

Post a Comment