nuffnang

Friday, 14 June 2013

Aktiviti after 5.  


 Bila kelapangan masa dan sihat, mama memang suka melakukan aktiviti merapu.  Kesunyian berada dirumah, menyebabkan mama mereka aktiviti yang boleh dilakukan.  Sebelum gi ngaji jam 6.30 petang, mama goreng keladi selatah yang dibawa dari Johor tempohari.  


Secangkir air kopi tidak dilupa.  Setengah orang berpendapat, apalah nak tayang dengan secawan kopi dan sepiring keladi goreng bogel (tiada salutan tepung).  Tapi bagi mama, remeh bagi setengah orang tapi bermanafaat bagi yang lain.  Kekadang, terutama golongan veteran macam mama, seleranya agak sukar.  Tapi bila tengok orang lain baru teringin.  So, moga memberi manafaat untuk yang diluar sana... 


No comments:

Post a Comment