Cerita Pilihanraya
Di malam pilihanraya, BN masih menjalankan kempennya dengan mengadakan jamuan di padang TESCO. Entah apa yang menarik hati, mama pi ke jamuan tu sorang. Ayah tak mau pi. Sibongsu pun tak nak pi. Oleh kerana jamuan diadakan sangat hampir dengan rumah, mama tak kisah pi sorang. Hairan ya, masa buat kat padang pekaka 2 malam berturut, mama tak berahi nak gi. Mungkin sebab cutu kot. Bosan dok umah tak dak apa nak buat.
Ramai orang dan berbilang bangsa
Dan esoknya hari mengundi. Kami ke Balik Pulau. Amboi, memang perang bendera kat sini.
Tujuan pemasangan bendera banyak-banyak ini adalah untuk mempengaruhi psikologi masyarakat parti mana yang lebih kuat @ berpengaruh di kawasan tersebut. Tapi persepsi mama, siapa yang lebih membazir dan perabih duit.
Lepas ke kaunter semakan nama dan saluran, mama diberikan slip kecil. Tertera no siri kita dan saluran kita.
Kena jalan agak jauh juga. Apa rasional nya jauh cam gini pun tak tau lah. Nasib baik kaki boleh jalan ok. Kalau kena gout, susah juga nak jalan. Depa bukan ada sedia wheel chair.
Inilah dakwat kekal. Gambar diambil tak sampai setengah jam lepas mengundi. Wahhh... beli dakwat 5 juta, hasil seperti ini. Lain kali beli dakwat warna merah lah. Sepuluh jari pun mama tak kisah nak cat. Pas tu boleh bersanding dengan ayah....... hahahah...
No comments:
Post a Comment