nuffnang

Monday, 27 May 2013


 Malam Semarak Kasih
 Bertempat di Hotel Flamingo, Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah berlangsungnya Malam Semarak Kasih yang dianjurkan oleh MPD Tekun.  Majlis bertemakan 'classic vintage' dihadiri hampir 100 orang tetamu. VIP yang hadir adalah TNC HEPP dan isteri.  Majlis bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 11.30 malam. 
Sebelum mama gunakan , baik mana snap gambar table setting dulu.
 
 Ini antara 'door gift' yang ada nama untuk cabutan bertuah. Mama dapat 'raja bersiong'.  Kan vintage gitu.  Jadi , nama untuk cabutan bertuah pun vintage juga. 

 Ini juga 'door gift' yang diberikan.  Sapu tangan.  Seorang dapat satu.
 Antara staf dan pasangan yang hadir pada malam itu.  Hai cerianya........

 Ehhh... makcik pun nak posing juga ke???  Ya lah, posing lah.  Blog ni pun free je.  Masuk lah gambar, berapa banyak pun boleh.Makcik ni tak yah pakai baju bertema vintage.  Sebab dia pun dah classic dan vintage.  Dah menepati tema tu....

 Princess dapat hadiah cabutan bertuah.  Balik rumah baru buka dan dia dapat tabung 'rice cooker'.  Seronok sakan sebab memang perlu untuk ke Matrik nanti.  Bertuah Princess sebab dapat apa yang diperlukan.

 Ayah dapat jam warna merah.  Apapun syukur lah sebab bertuah kan....

Paan pun dapat jam macam ayah.  Tapi warna kuning.  Paan terus masukkan dalam almari lepas bubuh bateri.  Dia sayang tu........


Talia mengantuk ke.............................????? Duduk sebelah 'speaker' pun boleh lena???? Depa pakai baju kembang ala saloma gitu................




Selamat Maju Jaya Princess


Hari ini 27 Mei 2013, Princess mendaftar sebagai pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.  Mama bertolak dari jam 8.00 pagi dari rumah.  Jem gila di Kepala Batas.  Hampir jam 10.00 pagi baru sampai Kolej Matrikulasi.



Paan termenung nak kena tinggal dengan kakak.  Kan kakak tu, selalu bantu Paan.  Mau nya tak termenung.


Barang Princess banyak sangat.  Dah pesan bawak sikit-sikit dulu. Nanti ambil lagi.
Hari pendaftaran, biasa lah.  Kat mana pun sama.  Memang ramai sangat.  Jem merata sekitar kolej.  Cuaca punyalah panas.  Kalau kurang sabar, boleh dapat darah tinggi.  Mama, lepas Princess mendaftar, kami bawa lari ke pejabat ayahnya.  Ayahnya ada kerja yang perlu dibereskan.  Lepas kul 2.00 petang baru kami datang semula.  Lepas kemas barang, mama tinggalkan Princess dengan linangan airmatanya.  Airmata kena tinggalkan....


 Belajar rajin-rajin, Princess.  Semoga Princess beroleh kejayaan dan kecemerlangan.  Aminnn....

Thursday, 23 May 2013



Ini memang kesukaan memasak mama dari muda sampai t**.  Eh,   Tak t** lagi lah.  baru 16. Mama ni anak dara sunti lagi tau, buh nick name mama je.  Tak caya??? Tak caya , mai lah tengok sendiri.

Nanti mama beri resipi.   Pssss, ayak marah, tu. Sebab tengok mama ngadap tenet...
Pisang tekun dah matang dan cukup tua untuk ditebang.  Kami agih sesama kami dan dua sikat mama jual ke kafe nasi.  Balik ke rumah, mama jadikan gulai.  Buat enam ketul saja . Simpan separuh untuk hari lain.  Sedapnya ....... wa cakap lu......

Pisang dipotong tiga, bersihkan kulitnya dan rebus empuk.
Buangkan air rebusannya
Campur santan kotak (mama guna santan m&s)
Campur udang saiz sedang
Kisar cili api, bawang merah, kunyit, ikan bilis
Campur bahan kisar kedalam gulai, campur serbuk kari dan jintan putih, asam keping, garam, kiub ikan bilis (ikut suka).
Angkat bila semua dah ok
Tumis bawang (mayang) cili kering (potong dua) dan daun kari.  Bila garing, curah atas gulai.

 Rindu Cinta Hati
Hai....rindunya kat dia seorang ni.  Rindu nak peluk, nak cium, nak cubit pipi, nak cubit telinga, tak pandang dia puas-puas.  Rindu, rindu, rindu.  kalau ada sayap, mama rasa nak terbang. Jumpa walaupun sekejap.  Kalau ada turbo, berdesup mama terpa.  

Mama nak cium pipi, kepala, nak belek tangannya,  nak usap-usap punggungnya, kakinya. Masa ni, hanya dia seorang yang ada.  Tempat curah kasih sayang.  Kerana mu, mama cuba jadi semua.  pelawak, pencerita, penyanyi, pelakon, pengarah drama, pengarah filem, penerbit..... Ha, yang tu merepek, ya.

Tapi pokoknya, mama rindu kat dia.  Tersangat rindu.  Orang tua-tua dulu kata, kalau bulu mata kita luruh , itu tanda ada orang rindu kat kita.  So, mama rasa  bulu mata dia dah botak...., sebab mama sangat rindu padanya.

Dulu-dulu, kalau rindu minta bulan, sampaikan salam rindu, minta angin sampaikan rindu kita.  Kesiannya ya.  Sampai ke tak.  Ke... bulan atau angin tu silap address dan sampaikan pada orang lain.  Wah kes niaya, pulak.

Mama rindu.............

                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *
                                                                   *




Sunday, 12 May 2013

Jem teruk daru Juru hingga ke Persimpangan Batu Kawan.  Sampaikan Plus buka laluan bertentangan untuk meredakan jem.  Balik baru tau ada perhimpunan membantah PRU 13 di Stadium Batu Kawan.  Petangnya ayah ada kata, bila dia berada di Mega Fortune (kedai motor besar), ada orang cerita tentang perhimpunan yang bakal diadakan mlm tu.  Oleh kerana kami ni berpendidikan rendah di bidang politik ni, lambat sikit pick-up.  Bila balik dari Taiping dan nampak ramai orang berhentikan kereta di highway berhampiran persimpangan Batu Kawan, baru lah "Oh.... ini yang depa kata ke??"

Doa untuk kemakmuran Malaysia untuk kehidupan anak-anak dimasa akan datang.

 Cantiknya pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau.  Terletak bersebelahan Kem BTN.  Pantainya cantik.
 Semua aktiviti keluarga boleh diadakan disini.  Cuma tak da public toilet dan bekalan air paip.  Kena simpan sampai balik ya.....
 Yang lain semua tumb -up. 
 Santai-santai cik abe....

Terima Kasih Princess

Princess belanja makan celor-celor sempena Hari Ibu.  Princess menelan semua amukan ayah untuk ke padang brown.  Ayah mana suka makan lain dari kedai mamak......




















Selamat Hari Ibu

Buat bonda di Johor, Selamat Hari Ibu.  Doa dari anakmu yang serba kekurangan ini, agar bonda sentiasa sihat, diberikan segala kebahagian di dunia dan akhirat, diberi keselamatan dari bahaya dan kemudaratan, dipanjangkan usia dan diberikan peluang untuk menambah amal ibadat.

Anakmu ini amat menyanyangimu..........

Saturday, 11 May 2013

Pokok anggur yang telah 4 bulan bersama Tekun.  Setakat ini nampak membesar dengan baik. 


 Pokok nangka ni, daunnya kerekot dan tidak sihat semasa mula ditanam.  Alhamdulilah, dah mula sihat selepas dipindahkan ke tanah.  Target akan mengeluarkan hasil selepas 3 tahun.
 Sepohon lagi nangka madu yang sihat.  Moga memberi hasil dimasa akan datang.
 Pokok pisang Tekun yang dah mengeluarkan jantung.  Pisang awak kalau tak silap.
 Yang ni pun dah mula mengeluarkan jantung.  Juga pisang awak.  Jika tak silap.  Hari tu masa beli benih, ada beberapa jenis pisang.  Pas tu, bila tanam dah lupa yang mana satu.  Tunggu berbuah baru kenal.
 Pisang abu yang dah agak matang.  Tapi belum nak tebang lagi.  Besar dan suburkan.








 Cerita Pilihanraya

Di malam pilihanraya, BN masih menjalankan kempennya dengan mengadakan jamuan di padang TESCO.  Entah apa yang menarik hati, mama pi ke jamuan tu sorang.  Ayah tak mau pi.  Sibongsu pun tak nak pi.  Oleh kerana jamuan diadakan sangat hampir dengan rumah, mama tak kisah pi sorang.  Hairan ya, masa buat kat padang pekaka 2 malam berturut, mama tak berahi nak gi.  Mungkin sebab cutu kot.  Bosan dok umah tak dak apa nak buat.  




 Ramai orang dan berbilang bangsa


 Dan esoknya hari mengundi.  Kami ke Balik Pulau. Amboi, memang perang bendera kat sini.  

 Tujuan pemasangan bendera banyak-banyak ini adalah untuk mempengaruhi psikologi masyarakat parti mana yang lebih kuat @ berpengaruh di kawasan tersebut.  Tapi persepsi mama, siapa yang lebih membazir dan perabih duit.



 Lepas ke kaunter semakan nama dan saluran, mama diberikan slip kecil.  Tertera no siri kita dan saluran kita.

 Kena jalan agak jauh juga.  Apa rasional nya jauh cam gini pun tak tau lah.  Nasib baik kaki boleh jalan ok.  Kalau kena gout, susah juga nak jalan.  Depa bukan ada sedia wheel chair.

 Inilah dakwat kekal.  Gambar diambil tak sampai setengah jam lepas mengundi.  Wahhh... beli dakwat 5 juta, hasil seperti ini.  Lain kali beli dakwat warna merah lah.  Sepuluh jari pun mama tak kisah nak cat.  Pas tu boleh bersanding dengan ayah....... hahahah...



Saturday, 4 May 2013

From Penang To Kenanga Wholesales

 Sori ya, mama tak larat nak ambik gambar shopping di Kenanga Wholesales pada Ahad lepas.  Yang ada pun beberapa gambar semasa dalam perjalanan untuk ke KL je.
Apa pun, Kenanga Wholesales adalah tempat yang mesti pergi bila ber shopping.  Macam-macam pilihan wanita.  Tak yah gi Bandung dah.  Gi sini pun dah berlambak baju dan blouse.  Hanya bezanya kena beli banyak.  Baru harga dapat harga wholesales. Serupa aje.  Gi Bandung kena bayar tambang kapalterbang.  Gi KL kena tol dan minyak.  Macam mama yang hanya nak beli sedikit ni, shopping sini lagi baik.  Tapi kat sini tak da lah kain untuk buat baju pengantin.  Yang lembut dan berenda-renda tu.  Mcm Kat Bandung banyak le.  Tapi yang lain-lain untuk wanita tu, semua ada.

Mai..mai... mai perabis duit yang ada...

Thursday, 2 May 2013

Pokok Lidah buaya



Pokok Bird Nest
Mama ni baru nak belajar tentang lanskap dan hotikultur.  Jadi perlahan-lahan baru nak belajar. Pokok ni, bird nest.  Sesuai untuk taman yang berkonsep tropika.
Pucuk manis atau Asin-asin

 Di utara semenanjung dikenali sebagai daun asin asin.  Di selatan pula dikenali sebagai pucuk manis.  Apa pun nama yang diberi, pucuk dan daun mudanya enak dimasak sayur lemak.  Lemak putih, lemak cili api, lemak dengan ubi keledek atau lemak kuning.  Semuanya menyelerakan.
Cara penanaman dari keratan batang yang matang. Batang yang matang di kerat pendek anggaran 6 in.  Pastikan yang mana atas dan yang mana bawah.  Keratan bawah di lumur baja penggalak akar dan dicucuk ditapak semaian.  Selepas pucuk-pucuk baru naik, baru pindah ke tempat tanaman.  Biar kan pucuk baru agak matang dahulu.