nuffnang

Thursday, 28 March 2013

Untuk Anak-anak Lepasan SPM

Keputusan SPM telah diumumkan pada hari Khamis 21 Mac 2013 yang lepas.  Pastinya ada yang berpuas hati dan gembira dengan keputusan yang diperolehi.  Tidak kurang juga ada hati yang berduka dan tidak puas hati dengan keputusan yang diperolehi.  Baik anak-anak yang mengambil keputusan peperiksaan mahupun ibubapa.

Ibubapa juga pelbagai ragam dan rentak dalam merencana masa depan anak-anak.  Mama simpulkan reaksi ibubapa ini;
1. Bercita-cita tinggi dan berkehendakkan anak mengikuti keputusan yang dibuat.
2. Menyerahkan kepada anak untuk membuat keputusan tetapi dengan panduan dan pemantauan dari ibubapa.
3. Tidak peduli dengan apa juga keputusan anak-anak.
4. Mengharapkan anak bekerja dan tidak menyokong jika anak ingin melanjutkan pelajaran.
5. Mengharapkan anak-anak membantu mereka mencari nafkah.
6. Dan bermacam lagi kehendak dan ragam. 

Bagi mama, apa pun jua tindak tanduk kita, pastikan selesa untuk anak-anak dan sesuai pada pandangan kita.  Kerana kita lebih mengenali anak kita.....

No comments:

Post a Comment