nuffnang

Sunday, 31 March 2013

 SMK Bukit Gambier Semasa Keputusan SPM Dikeluarkan

21 Mac yang lepas, keputusan SPM dikeluarkan di semua sekolah seluruh Malaysia.  SMK Bukit Gambier pun tak terkecuali.  Pelajar mengambil keputusan Spm  dengan pelbagai emosi.  Ada yang menangis teresak-esak.  Kecewa dengan keputusan yang diperolehi.  Ada yang senyum girang dan ada juga yang selamba aje.  Yang seronoknya dapat berhimpun jumpa kawan-kawan sekolah.

Apapun keputusan yang diperolehi terima dengan hati terbuka.  Apa yang kita perolehi adalah yang terbaik untuk kita ketika kita hadapinya tahun lalu.  Jika tidak memuaskan, bukan bermakna berakhir masa depan kita. Masa depan baru nak bermula.  Jika nak ambil  peperiksaan sekali lagi pun boleh.  Pi ke PPD/Pejabat pelajaran negeri, dan daftar spm sekali lagi.  Pas tu daftar kelas tusyen yang berlambak tu.  Sementara waktu, cari kerja sementara untuk tampung kos tusyen dan kehidupan kita. Tiada had usia untuk menuntut ilmu.

Untuk yang cemerlang.  Tak perlu diperkatakan kerana ada banyak iklan untuk  menyambung pelajaran.  Apa yang penting dapatkan nasihat ibubapa atau sesiapa yang dipercayai untuk memilih kursus yang sesuai.  Paling baik, pilih yang paling demanding dalam pasaran kerja.  Itu jika nak kerja makan gaji lah.  Jika rasa nak kerja sendiri baik ambil kursus yang paling disukai dengan minat atau kemahiran yang diminati.  Zaman sekarang bukan boleh harap makan gaji sangat.  Takut belajar letih-letih tapi kerja tak da.

Satu yang mama nak katakan, bekerja sendiri yang kemudiannya dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang lain untuk tumpang mencari nafkah adalah yang terbaik.  Lagi ramai yang tumpang mencari nafkah dengan kita, lagi baik.  Dengan nafkah tersebut mereka membina keluarga, beribadah dan akhirnya membolehkan menunaikan haji.  MasyaAllah, bagusnya.....


No comments:

Post a Comment