*sobsobsob* mama rindukan masa lalu. Masak banyak mana pun semua habis.......
nuffnang
Sunday, 31 March 2013
Selamat Hari Lahir
Buat Si Bongsu yang gebu. Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke - 14. Moga kesayangan mama dirahmati, diberkati, dilindungi dan dianugerahi kesihatan, rezeki, kebahagian dan kegembiraan, kejayaan ,keselamatan, didunia dan akhirat oleh Allah.
Mama sekadar menyambut ala kadar. Hanya disambut sekadar famili yang ada.
Sandwich pun buat sendiri je. Mama beli ayam siap banggang dari tesco tu. Yang perasa black papper. setengah ekor je. Pastu carik-carik dengan garpu dan campur denga sos thousand island (sos seribu pulau.....? hahah...). Kemudiannya bubuh salad yang berlainan warna untuk nampak elok.
Salad bubuh banyak-banyak. Kalau nak lagi best campur la macam-macam . Macam kat subway tu.
SMK Bukit Gambier Semasa Keputusan SPM Dikeluarkan
21 Mac yang lepas, keputusan SPM dikeluarkan di semua sekolah seluruh Malaysia. SMK Bukit Gambier pun tak terkecuali. Pelajar mengambil keputusan Spm dengan pelbagai emosi. Ada yang menangis teresak-esak. Kecewa dengan keputusan yang diperolehi. Ada yang senyum girang dan ada juga yang selamba aje. Yang seronoknya dapat berhimpun jumpa kawan-kawan sekolah.
Untuk yang cemerlang. Tak perlu diperkatakan kerana ada banyak iklan untuk menyambung pelajaran. Apa yang penting dapatkan nasihat ibubapa atau sesiapa yang dipercayai untuk memilih kursus yang sesuai. Paling baik, pilih yang paling demanding dalam pasaran kerja. Itu jika nak kerja makan gaji lah. Jika rasa nak kerja sendiri baik ambil kursus yang paling disukai dengan minat atau kemahiran yang diminati. Zaman sekarang bukan boleh harap makan gaji sangat. Takut belajar letih-letih tapi kerja tak da.
Satu yang mama nak katakan, bekerja sendiri yang kemudiannya dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang lain untuk tumpang mencari nafkah adalah yang terbaik. Lagi ramai yang tumpang mencari nafkah dengan kita, lagi baik. Dengan nafkah tersebut mereka membina keluarga, beribadah dan akhirnya membolehkan menunaikan haji. MasyaAllah, bagusnya.....
Bila Selera Mula Meragam
Apa khabar 'reader' semua? Sihat ke? Yang sihat tu, alhamdulilah. Dan yang kurang sihat tu, sabar ya. Berusaha untuk sihat ya. Chaiyok2.
Mama sihat tapi selera ada sikit meragam. Tapi hari ini dah okay dah. Berikut ini menu mama semasa selera meragam. Bubur nasi dan hati lembu goreng. Mama ni, selalunya ikut selera. Mama hanya makan apa yang berselera saja.
Boleh juga guna periuk biasa. Tapi kena jaga airnya. Nanti melimpah atau terkering dan hangit. Mama ni, air dah agak kering sampai jadi kurang berair.
Pas tu, mama makan dengan hati lembu masak black papper. Hati lembu ni orang bagi masa aidil adha dulu. Mama rebus dengan bawang putih dan halia. Tambah sedikit garam. Pastu sejukkan dan potong kecil dan simpan dalam peti sejuk (tempat beku). Bila nak guna ambil sikit-sikit.
Masak black papper tu senang. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Mayang halus-halus. Tumis hingga wangi. Masukkan hati lembu dan lada hitam. Kalau suka lebih pedas tambah cici api yang diketuk.Tumis sampai garing sikit. Tapi jangan lama sangat. Biar lembut je. Masukkan perasa - garam, sos tiram, kicap, kiub ayam (jika suka). Tambah air sikit. Dah mesra angkat.
Jika tidak suka hati lembu, boleh tukar daging juga. Tambah sayuran macam carrot dan green peas pun ok juga. Ikut selera sendiri.
Thursday, 28 March 2013
Untuk Anak-anak Lepasan SPM
Keputusan SPM telah diumumkan pada hari Khamis 21 Mac 2013 yang lepas. Pastinya ada yang berpuas hati dan gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tidak kurang juga ada hati yang berduka dan tidak puas hati dengan keputusan yang diperolehi. Baik anak-anak yang mengambil keputusan peperiksaan mahupun ibubapa.
Ibubapa juga pelbagai ragam dan rentak dalam merencana masa depan anak-anak. Mama simpulkan reaksi ibubapa ini;
1. Bercita-cita tinggi dan berkehendakkan anak mengikuti keputusan yang dibuat.
2. Menyerahkan kepada anak untuk membuat keputusan tetapi dengan panduan dan pemantauan dari ibubapa.
3. Tidak peduli dengan apa juga keputusan anak-anak.
4. Mengharapkan anak bekerja dan tidak menyokong jika anak ingin melanjutkan pelajaran.
5. Mengharapkan anak-anak membantu mereka mencari nafkah.
6. Dan bermacam lagi kehendak dan ragam.
Bagi mama, apa pun jua tindak tanduk kita, pastikan selesa untuk anak-anak dan sesuai pada pandangan kita. Kerana kita lebih mengenali anak kita.....
Keputusan SPM telah diumumkan pada hari Khamis 21 Mac 2013 yang lepas. Pastinya ada yang berpuas hati dan gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tidak kurang juga ada hati yang berduka dan tidak puas hati dengan keputusan yang diperolehi. Baik anak-anak yang mengambil keputusan peperiksaan mahupun ibubapa.
Ibubapa juga pelbagai ragam dan rentak dalam merencana masa depan anak-anak. Mama simpulkan reaksi ibubapa ini;
1. Bercita-cita tinggi dan berkehendakkan anak mengikuti keputusan yang dibuat.
2. Menyerahkan kepada anak untuk membuat keputusan tetapi dengan panduan dan pemantauan dari ibubapa.
3. Tidak peduli dengan apa juga keputusan anak-anak.
4. Mengharapkan anak bekerja dan tidak menyokong jika anak ingin melanjutkan pelajaran.
5. Mengharapkan anak-anak membantu mereka mencari nafkah.
6. Dan bermacam lagi kehendak dan ragam.
Bagi mama, apa pun jua tindak tanduk kita, pastikan selesa untuk anak-anak dan sesuai pada pandangan kita. Kerana kita lebih mengenali anak kita.....
Tuesday, 19 March 2013
Bila diri tak sempurna... |
Redha lah mama. Kesilapan yang tidak dijangkakan. Benarlah, manusia hanya merancang tapi ketentuan tetap olehNya |
Memang bukan rezeki mama. Walau dikepung walau dikira. Jika bukan rezeki kita tetap tidak akan menjadi milik sementara kita.
Mama booking online tiket penerbangan airasia untuk Princess dari KL ke Penang. Selesai siap bayar dan dan dapat iternery. Lega hati lah kononnya.
Tiba-tiba, terlihat waktu penerbangannya jam 7.10 pagi. Oh, tuhan.......kenapa mama tidak semak betul-betul sebelum confirm. Mama cuba ke kaunter airasia untuk tukar waktu penerbangan. Jawapannya, "makcik, penerbangan ini kurang dari 48 jam. Jadi tidak dapat tukar tarikh atau tukar waktu. Jika tidak hadir, kira hanguslah"
Oh, tuhan. Lindungi hambamu ini.........pandanglah hambamu ini dengan kasih dan sayangMu.....
bunga kuning sebagai tema,
Petik setangkai hiasan tamu,
aduhai anak-anak kesayangan mama,
sayangi diri sayangi keluargamu.
mawar jingga kegemaran keluarga
petik sekuntum buat si dara
diri dan kesihatan perlu dijaga,
agar keluarga turut terpelihara.
cantik sungguh bunga siantan
warna menyerlah berona jingga
diberi keselamatan diberi kesihatan
panjatkan kesyukuran tidak terhingga
Kuntuman merah menggamit nostalgia
dari pupuk, kuntum dan bunga
kasih sayang asas bahagia
senyuman terukir hingga ke telinga
Bunga matahari kuning warnanya
kekal seminggu menyeri laman
sayang menyayang tiada sempadannya
tingkat kesabaran pelengkap iman
Merah terserlah si bunga matahari
segar aroma memikat sang kumbang
solat dilengkapi lima kali sehari
agar menjadi insan seimbang
Merah jambu membelai jiwa
hembusan bayu di teratak idaman
gagal sekali usah kecewa
kejayaan pasti dalam gengaman
putik muncul celahan kehijauan
merah delima bercampur putih
kuasai ilmu, kemahiran dan pengalaman
bekalan menjelang dihari tua
indah si jingga penuh sedahan
Gugur sendiri tanpa dikerat
dilimpahiNya rezeki tiada kesudahan
kebahagian didunia juga akhirat
indah kuntuman unik rupanya
jarang kelihatan sukar didapati
labur kasih bahagia imbalannya
moga kehidupan sentasa diberkati
Pelbagai warna pelbagai rupa
menjamu mata terapi minda
jasa ibubapa jangan sekali dilupa
doa dipanjatkan dimana jua berada
Sunday, 17 March 2013
Taman Dapur
Taman Dapur
Lanskap taman dapur untuk rujukan akan datang. Taman yang dipenuhi dengan tanaman sayuran dan herba yang boleh dipetik dan terus dimasak.
Barisan daun pudina. Pudina untuk dijadikan ulam, pelengkap laksa, campuran nasi briani dan masakan ayam atau daging beriani dan macxam-macam lagi. Salah satu herba yang patut ada di rumah.
Diatas tanah, bergantung, berpasu dan berjunjung. Untuk yang ada space tu boleh ambil rujukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)