nuffnang

Friday, 27 December 2013

Tip Elak Masalah

Orang kata jika kehidupan tanpa masalah, bermakna kita sebenarnya tidak berbuat apa-apa dalam kehidupan.  Termasuk berusaha untuk menjadikan kehidupan lebih baik.  Betul ke??  Pandangan mama, masalah dalam kehidupan memang tak boleh dipisahkan.  Masalah datang selari dengan kehidupan.  Tak kira lah, masalah kecil ke atau masalah besar.

1. Rancang
Memang kita sedia maklum, takdir manusia telah tertulis sejak asalnya lagi.  Tapi tak salah jika kita cuba untuk mencari yang terbaik.  Kita tidak tahu apakah yang tertulis untuk kita.  Oleh itu, jangan give-up untuk merancang apa yang terbaik untuk kita pada setiap masa.  Kuasa menentukan suatu kejadian, kuasa tuhan. Kuasa untuk merancang yang terbaik untuk diri sendiri, kuasa kita.  Apa yang terhasil, kita tawakal je.

Rancang setiap aspek walau pun kecil.  Ayah selalu kata. "Awat nak susah-susah sangat.  Nak makan pun pikiaq, nak ikut jalan mana pun pikiaq.  Make it easy.  just go with the flow je".  Mama tak setuju.  Walau pun simple pikiaq, tapi mesti kena pikiaq.  Pikiaq tu, tau ke??  Fikir la.  Tu la, when north meet south.  Kadang jadi north , kadang jadi south.

2.   Laksanakan
Bila dah fikir, apa yang lebih baik, terus laksanakan.  Biasanya cepat atau lambat nak jalankan, bergantung kepada kepentingan.  Jika yang mendesak, sure cepat laksana.  Kalau yang kurang mendesak, kita ambil masa sikit.

Kadangkala masa bermakna income, peluang.  Yang macam tu, kena buat secepat mungkin.  Laksanakan hanya perkara-perkara yang bersifat positif.  Jangan sesekali buat sesuatu yang bersifat negatif.  Walaupun beroleh kesempatan.  Remember, always remember satu hal ni.  positif akan menghasilkan positif, negatif akan hasilkan negatif.


3.  Nilai Semula

Memikirkan semula tindakan kita.  Jika perkara kecil, tak fikir semula, tak pa.  Tapi jika ianya suatu yang besar, kena memikirkannya.   Buat pembetulan jika kita fikir, kita tersalah buat keputusan.  Atau bincang dengan orang yang kita percayai sahaja dan kita tau dia memang ada pengetahuan tentang hal itu.  Yang kita tak percaya, get out.

4.  Berdoa
Doa, doa dan doa.  Setiap masa, setiap ketika dan setiap perkara.  Hanya itu iktiar kita yang terakhir.


Jalankan tanggungjawab kita. Jika kita  bapa, buat tanggungjawab seorang bapa.  Jika kita ibu, buat tanggungjawab seorang ibu.  Jika kita anak, buatlah tanggungjawab anak, suami, isteri, jiran, rakan, adik beradik, saudara seagama, pekerja atau majikan.  semuanya ada tanggungjawab.  Laksanakanlah.........






Di luar kebiasaan

Untuk pertama kali, mama menulis blog pada jam 5.30 pagi.  Kenapa?  Tak boleh lena.  Stomach up set la.  Sejak balik Johor ni, dah 2 kali sakit perut.  Kali pertama masa on the way ke Johor hari Khamis lepas,  makan tengahari di Melaka.  Pekena rendang ayam dan masak lomak cili api.  Hah kau,  punya la podeh.  Lepas beberapa jam, meragam la.  Duduk bangun semua tak selesa.  Hari ini pula, Jumaat, balik dari Kulaijaya, makan di sebuah gerai di Pasir Raja.  Makan pulak rojak petis.  Dah maklum kat adik tu, nak kurang pedas.  Memang kurang pedas, tapi terlebih manis. Dan mungkin kuah manisnya kurang elok.  So, sepanjang malam lah, sakit perut.

Macam mana la mama boleh tolerate dengan makan yang tak tentu hala ni????  Biasanya, kalau traveling ke mana pun , mama terlebih hati-hati.

Pssst..............tok tukar bidai baru.  Nanti mama letak gambar.  Sekarang tak berapa selesa.


Tuesday, 24 December 2013

Balik kampung

Hari ini mama dan family, family pun hanya hbby dan si bongsu je, nak balik Johor.  Dalam pukul dua petang, nak bertolak la.    Moga selamat pergi dan selamat kembali.   Aminnnn.....

Monday, 16 December 2013

2014 Tahun Berjimat Cermat

Menjelang 2014

2014 akan datang tidak berapa lama lagi. Pakar ekonomi meramalkan kemelesetan ekonomi berlaku selewat-lewatnya tahun 2016.  Itu jangkaan paling lewat.  Maknanya, walau kita cuba bendung macam mana kemas sekali pun, kemelesetan ekonomi tetap datang, paling lewat 2016.  Dan 2014 ini dijangka tahun yang meresahkan dengan kenaikan harga.  Bila harga naik, pendapatan tak cukup.  maknanya, dengan duit gaji RM1000 sebelum ni, dapat menampung makan sekeluarga sebulan, jadi tak cukup.  

Jadi, apa perancangan kita.  Mama ni dari golongan bawahan.  Tentu merupakan golongan yang paling terkesan dan paling runsing dengan keadaan ini.  Rungsing saja pun tak membawa apa-apa makna.  Kena buat sesuatu untuk membantu kita mendepani keadaan.

Apa mama nak buat?

1.  Mama nak kurangkan belanja harian.
     1.1  Mama akan kurangkan penggunaan elektrik.  Sekarang mama guna antara RM 200 - 300 sebulan untuk elektrik.  Jadi, mama nak kurangkan ke RM100-200 sebulan sahaja.  Mama akan tutup semua suiz elektrik.  Tutup semua lampu semasa tidur.  Guna lampu koridor yang management pasang sahaja.  Tidur satu tempat saja untuk semua anak beranak.  So, guna 1 air-cond saja. Penggunaan air memang dah sikit.  Adik tak suka mandi.

     1.2   Makan diluar hanya semasa bekerja. Tiada makan diluar bersama famili.  Bila semua balik, mama akan aturkan acara masak memasak.  Kan ada ramai.  Boleh bantu sorang sikit.  Tak ada PHDelivery atau McDDelivery. 

      1.3  Tiada trip jejalan yang berbajet besar.  Trip jejalan ke kebun sahaja pada hujung minggu.  Trip ke kebun Sabtu dan Ahad untuk menaman pisang.  Mama akan fokus untuk menanam pisang lebih banyak di kebun.  Mama akan beli anak ikan dan lepaskan kat taliair di kebun kita.  Mungkin ikan talapia.  Makanan ikan tu, tak payah bagi kot.  Kat taliair tu penuh dengan nutrien untuk ikan.  Kecuali lepas 2 atau 3 tahun bila dah kena baham dek ikan-ikan tu, baru kena beli makanan tambahan. 

     1.4  Mama nak hadkan perjalanan.  Seminggu nak guna minyak RM50 sahaja.  Mama nak repair basikal Princess. Setakat nak gi Tesco sebelah rumah tu, mama nak kayuh basikal aje lah.  Atau nak gi Subaidah, kayuh je.

     1.5  Mama nak buat kerja part-time kat mana-mana.  Tapi ayah tak benarkan.  Kalau tak, boleh juga sedekah kat yang memerlukan, pendapatan yang diperolehi.

     1.6  Mama hanya beli 2 helai baju, tudung dan kasut.  Itu pun untuk Raya.  Tiap hari keja pakai baju uniform.  Tudung recycle 5 helai dah la.

kalau berjaya, mama nak nyanyi:

                          Kalau aku kaya ................
                          Hari-hari Hari Raya.............
 

Saturday, 7 December 2013

Kenduri Oh kenduri

Mama masukkan kenduri-kenduri yang mama attend.  Yang lama dan baru.  Untuk kenangan mama sendiri dan apa-apa yang mama boleh jadikan rujukan dimasa akan datang.

Kenduri SN Farah .  Lokasi: Bedong, Kedah.




Kenduri En Zainol & Dr Noraziah



 Lokasi:  Di Recsam, Pulau Pinang

Kenduri Dr Ramli & Dr Azni
 Mama tertarik dengan hiasan meja dan telor pindang yang disediakan.  Makanan, macam kenduri lain juga. Lokasi, Damansara.


Kenduri staf IPPT.  Lokasi:  Parit Buntar, Perak.




Kenduri Ustaz Hashim.  Lokasi:  Sungai Dua, Pulau Pinang.




Mentarang Kuala Perlis


On the way back to Penang, beli fresh mentarang.  Sejenis siput la.  balik rumah terus masak cabai/ sambal je.  Caranya macam buat sambal tumis biasa tu.  Tapi ayah yang buat la.  Because mama sudah pancit.
 Dari Jeti Kuala Perlis, kena pilih jalan menyelusuri tepi laut ke Jalan Baru.  Kat situ banyak orang jual beranika siput dan belacan juga.  Kalau ikut highway, tak jumpa.
Pemandangan pun cantik.  Pemandangan tepi laut kan.  Bila air surut akan nampak orang mengutip siput di tepian pantainya. Dan view disebelah pula menghijau sawah padi yang luas.  Juga penduduk tempatan memancing ikan di tali air sawah.

3D2N Langkawi - Makanannya

Hotel ni, boleh dikatakan makanannya sedap dan murah.  Ketika mama datang la.  Akan datang, mama tak tau.

 mama dan menantu, order room service.  Kan kami kena tinggal.  Yang lelaki gi mancing.  Nak keluar sangat pun, ada baby.  Tak gamak, nak lasak sangat.  So, bila lapar kami order room service.

Bila ayah balik mancing, dia pun order room service juga.  Tapi mama tak sempat snap gambar.  Depa terlalu lapar.  Kalau mama minta tunggu untuk snap gambar, mau nahas kena sound la.
 Durian creepe ni, beli kat bakery depan hotel.  Durian creepe, tentu sedap.  Kalau tak sedap makna tak jadi le tu.
 Mama kan suka bubur.  Tentu ada bubur dan makan dengan sambal ikan tongkol.  Tak pedas tak syok.







3D2N Langkawi - Gunung Raya

Sebenarnya kan, cerita mama kat Langkawi belum habis lagi.  Hahahah .  Jangan marah ya.  Kalau tak suka tak pa.  Mama nak buat juga.  Nak juga....

Cerita kali ini, ke Gunung Raya.  Satu lokasi menarik kat Langkawi ni, adalah Gunung Raya.  Tak berapa ramai yang ke sini.  Tempat ni tinggi.  Nak naik gunung ni melalui jalanraya.  Ha, naik Gunung Raya guna jalan raya, ya.  Tapi jangan takut, tak jumpa hantu raya.  Mama, hari ni sewel sikit.  Penat attend kenduri.  Mabuk kenduri.

 Mula-mula sampai ke puncak, kami silap jalan.  Bila sampai di puncak akan ada 2 persimpangan.  Samada jalan terus atau beluk kanan dan naik bukit lagi.  Dan kami memilih jalan terus.  Jalan terus akan jumpa station janakuasa TNB.  Lepas tu tak boleh masuk la pulak.  Maka, kami pun patah balik.
 Patah balik tak jauh.  tak sampai 1 km macam tu.  Dan kami memilih simpang yag satu lagi.  Ada apa di situ, ya. Jom kita tengok...



 Ada hotel.  Mama terlupa apa nama nya.  Tapi ada tulis kat situ.  Ada tertulis, open for public.  Ajak ayah gi minum kat situ.  Kot-kot ada scone ke.  Tapi ayah, macam biasa.  Tak mau.
 I like this place.  Sejuk.  Segar.  Sunyi.  dan semua yang seangkatan dengannya.

 Notis merah tu, menyatakan private property.  Tak boleh masuk without permission.








Mama rasa, pondok tinjau ni mungkin disediakan untuk public.  Tapi tidak well maintain.  Sayang juga.