Nostalgia Ramadhan
Setiap kali menjelang hariraya, terimbau kenangan silam semasa dikampung. Hampir 50 kali raya mama telah raikan. Tapi Ramadhan dan Raya tahun tersebut memang tak dapat mama lupakan. Dulu depan rumah mak mama ada sepohon rambutan yang amat manis buahnya. (sekarang dah tebang untuk laluan masuk ke kompaun rumah. Tika tu mama dah besar anak dara dah. Macam tu juga kakak mama, Mak Tam.
Malam tu kami (mama, maktam dan tok ros - adik mak mama) 3 anak dara ni, teringin nak makan buah rambutan. Siang hari tak larat nak petik. Kami buat projek malam-malam lah. Jadi berbekalkan pelita raya kami gi bawah pokok rambutan tu. Mak Tam dan tok Ros panjat pokok tu. Mama petik dari bawah aja dan sambil-sambil makan lah. Tak jauh dari pokok rambutan tu ada gerai makan Tok Lamah. Dia buka belah malam aje. Ramai jugalah orang lelaki yang tak gi tarawih lepak kat gerai tok lamah tu.
Tetiba.....prakkkk......bunyi dahan patah. Mak Tam terjatuh. Dia terpijak dahan yang kering (mati). Tapi alhamdulilah, dia tidak jatuh terus ketanah. Hujung kain batiknya tersangkut di tunggul dahan menyebabkan Mak Tam macam duduk dalam buaian dalam keadaan meniarap. Dia menjerit-jerit minta tolong diturunkan.
Tok Ros yang berada diatas pokok berhampiran Mak Tam tak berdaya nak tolong kerana gelak tak henti. Mama yang 'blur' ni bawa pelita raya nak menyelamatkan Mak Tam. Orang-orang yang ada di gerai Tok lamah dah menyedari sesuatu tak kena dan nak berjalan datang.
" Hoi..... cepatlah tolong. Yang terhegeh tu kenapa" kata Mak Tam. Mama bawa pelita nak tengok lah kan. Mama juga tak mamapu nak tolong kerana tergelak macam nak tergolek-golek. Bila mama suluh dengan lampu, yang nampak hanya *p------- Mak Tam yang terhayun-hayun. Kain batiknya tersingkap dan tercangkuk kat dahan.
"Matikan pelita tu lah. Nanti orang kat kedai tu nampak *p------- aku" gesa mak Tam. Mama terpa kat orang-orang gerai yang mula nak mendekati lokasi kejadian kami. Tak bagi depa mai dekat. Pasai gelap, tak nampaklah kejadian yang tidak diingini tu.
Akhirnya Mama dan Tok Ros angkat Mak Tam. Dia tak boleh turun sendiri sebab kakinya tak jejak tanah.
Dan selepas tahun tu, kami dah tak buat projek mengarut malam-malam buta.................
No comments:
Post a Comment