Nostalgia Ramadhan
Setiap kali menjelang hariraya, terimbau kenangan silam semasa dikampung. Hampir 50 kali raya mama telah raikan. Tapi Ramadhan dan Raya tahun tersebut memang tak dapat mama lupakan. Dulu depan rumah mak mama ada sepohon rambutan yang amat manis buahnya. (sekarang dah tebang untuk laluan masuk ke kompaun rumah. Tika tu mama dah besar anak dara dah. Macam tu juga kakak mama, Mak Tam.
Malam tu kami (mama, maktam dan tok ros - adik mak mama) 3 anak dara ni, teringin nak makan buah rambutan. Siang hari tak larat nak petik. Kami buat projek malam-malam lah. Jadi berbekalkan pelita raya kami gi bawah pokok rambutan tu. Mak Tam dan tok Ros panjat pokok tu. Mama petik dari bawah aja dan sambil-sambil makan lah. Tak jauh dari pokok rambutan tu ada gerai makan Tok Lamah. Dia buka belah malam aje. Ramai jugalah orang lelaki yang tak gi tarawih lepak kat gerai tok lamah tu.
Tetiba.....prakkkk......bunyi dahan patah. Mak Tam terjatuh. Dia terpijak dahan yang kering (mati). Tapi alhamdulilah, dia tidak jatuh terus ketanah. Hujung kain batiknya tersangkut di tunggul dahan menyebabkan Mak Tam macam duduk dalam buaian dalam keadaan meniarap. Dia menjerit-jerit minta tolong diturunkan.
Tok Ros yang berada diatas pokok berhampiran Mak Tam tak berdaya nak tolong kerana gelak tak henti. Mama yang 'blur' ni bawa pelita raya nak menyelamatkan Mak Tam. Orang-orang yang ada di gerai Tok lamah dah menyedari sesuatu tak kena dan nak berjalan datang.
" Hoi..... cepatlah tolong. Yang terhegeh tu kenapa" kata Mak Tam. Mama bawa pelita nak tengok lah kan. Mama juga tak mamapu nak tolong kerana tergelak macam nak tergolek-golek. Bila mama suluh dengan lampu, yang nampak hanya *p------- Mak Tam yang terhayun-hayun. Kain batiknya tersingkap dan tercangkuk kat dahan.
"Matikan pelita tu lah. Nanti orang kat kedai tu nampak *p------- aku" gesa mak Tam. Mama terpa kat orang-orang gerai yang mula nak mendekati lokasi kejadian kami. Tak bagi depa mai dekat. Pasai gelap, tak nampaklah kejadian yang tidak diingini tu.
Akhirnya Mama dan Tok Ros angkat Mak Tam. Dia tak boleh turun sendiri sebab kakinya tak jejak tanah.
Dan selepas tahun tu, kami dah tak buat projek mengarut malam-malam buta.................
nuffnang
Saturday, 25 August 2012
Wednesday, 22 August 2012
Kenangan Lalu
Sunday, 12 August 2012
Sambal Udang & Kentang Mini
15 batang cabai kering
1 labu bawang besar (merah)
sedikit belacan
(kisar halus)
Ubi kentang mini - kupas basuh, rebus hingga empuk.
sedikit asam jawa, gula, garam, perasa
udang besar
1. Tumis bahan tumis hingga garing.
2. Masukkan udang, bahan perasa dan air
3. Masak hingga udang masak dan kuah pekat. Masukkan ubi kentang mini yang dibelah dua.
4. Rasakan biar seimbang dan angkat.
Kerabu Tumis
Sayurannya
mangga muda - parut memanjang dan kuantitinya ikut suka/ ikut keperluan keluarga kita.
timun - parut memanjang
cabai merah - mayang halus
Perasanya
secubit garam
gula
cuka epal atau air perahan limau nipis
kerisik
Bahan tumis
cili api
udang kering
sedikit belacan
cili api
cabai merah
(kuantiti agak-agak ikut cita rasa)
1. Tumis bahan tumis hingga garing dan ketepikan.
2. Satukan bahan sayuran dan bahan perasa. Gaul sebati dalam satu bekas.
3. Tambah bahan tumis , gaul sebati, dan rasa garam gulanya.
Monday, 6 August 2012
Syukur.... Alhamdulilah........
4 ogos 2012, Hbby bergelar 'datuk' dan mama bergelar apa ya...? 'datin?'... Hahaha berita gembira dalam family kami. Untuk kali pertamanya dalam hidup, bergelar tok mama dan hbby tok ayah. Kenapa tok mama dan tok ayah. Kerana cucu mama akan ada 2 tok dan 2 nenek. Untuk tidak meng'confius'kan jadi lah tok mama dan tok ayah dan keluarga disana menjadi tok abah dan mak tok. Tak ada orang yang beri gelaran tu, mama yang beri.... bestkan....
4 ogos 2012, Hbby bergelar 'datuk' dan mama bergelar apa ya...? 'datin?'... Hahaha berita gembira dalam family kami. Untuk kali pertamanya dalam hidup, bergelar tok mama dan hbby tok ayah. Kenapa tok mama dan tok ayah. Kerana cucu mama akan ada 2 tok dan 2 nenek. Untuk tidak meng'confius'kan jadi lah tok mama dan tok ayah dan keluarga disana menjadi tok abah dan mak tok. Tak ada orang yang beri gelaran tu, mama yang beri.... bestkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)