Sesampainya di Jeti Langkawi, ayah terus menyewa kereta. Walaupun kami tahu department ayah telah menyewa 4 buah van. Tetapi untuk memudahkan kami bergerak, kami sewa juga sebuah myvi.
Tempat tuju pertama adalah hotel penginapan. Disana kami akan bergabung dengan ahli kumpulan yang lain yang telah sampai lebih awal. Mereka dari jeti Kuala Kedah.
Selepas melepak seketika di bilik penginapan, kami memulakan langkah ke Langkawi Cable Car.
Mak ooi......ramainya orang. Princess yang telah sampai dulu bagi tahu, untuk mendapatkan tiket 1 jam, kena tunggu lagi 1 jam untuk naik cable car. Aaiyoooo....tak sanggup eden.......Lastly mama, ayah dan adik desided tak nak naik. Kami tunggu je yang lain-lain kat bawah.
Oleh kerana tak naik cable car, kami ronda je kat keliling tempat tu.
Kami lambai-lambai je lah depa yang naik tu kat sini.
No comments:
Post a Comment