nuffnang

Wednesday, 17 September 2014

Ambang Merdeka 2014

Kesempatan yang singkat diambil dengan berhari keluarga di Langkawi.  Keluarga mama memulakan percutian singkat ini pada 29/8/14 selepas semua ahli keluarga balik bekerja.  Bertolak kira-kira jam 7.00 malam. Dan kami sampai di Kuala Perlis jam 12.00 malam.  Check in di T Hotel.  Sangat memudahkan.  Lokasinya berhadapat jeti ke Langkawi dan kenderaan boleh di letak dikawasan hotel dengan bayaran yang lebih murah dari tempat yang dijaga oleh ulat parking.

 Kami berlima beranak.  Jika kami tahu biliknya begini luas, ambil 1 bilik pun tak pa.  Nak menginap sampai keesokannya saja.  Silap juga kerana ambil sampai 2 bilik. Connecting room.


 Ambil tiket jam 12.00 tengahari.  Sengaja bersantai-santai.  Bagi puas rehat.  So....we are ready.  Langkawi, here we come...................




No comments:

Post a Comment