nuffnang

Monday, 11 August 2014

Juadah Raya 2014


Juadah raya memang hidangan paling istimewa berbanding hari-hari lain sepanjang tahun.  Di hari raya, kita tolak ketepi dulu, diet ke, pantang ke.  Hari raya mesti dirai.  Boleh meleleh air mata jika tak dapat bersama keluarga di hari raya.

Jom tengok apa hidangan kami di malam raya dan di pagi raya.  Semua juadah dah siap dimasak dan dinikmati semasa berbuka puasa yang terakhir.
 Ketupat nasi.  Inilah yang paling baik.  Bila dah berusia, ketupat nasi adalah pilihan yang sesuai.  Orang yang sedang diet pun sesuai.  Asalkan jangan melantak banyak-banyak.
 Lepat pulut.  Ha...ni memang tradisi keluarga.  Unik tau.  Pulut digaul dengan kelapa parut dan garam.  Diikat ketat dan rebus dengan air.  Kelapa tu paling baik jika agak muda.
 Lemang dan ketupat palas.  Dua-dua beli saja. 
 Kari ayam
 Serunding kelapa
 Kuah kacang
 Rendang daging kerbau
 Satay Goreng Daging Lembu
Lodeh

No comments:

Post a Comment