nuffnang

Saturday, 9 August 2014

Briani Gam


Mama ni memang berasal dari Johor.  Tapi mama baru sekali makan briani gam.  Itu pun kat Shah Alam.  Abang ipar yang bawa.  Tapi balik raya 2014, mama dapat merasa briani gam di Johor.  Itu pun cekalkan hati ikut jalan biasa ke Batu Pahat.  Selalunya masuk highway je...
 Lokasinya di astaka tepi sungai Batu Pahat.  Berhadapan Putra Specialis Centre.  Hampir kesemua gerai di astaka tu menjual briani gam.
 Oleh kerana kami tiada 'clue' tentang gerai mana yang terbaik, kami beli setiap satu, satu pinggan dan kami bandingkan rasanya.  Dan kami dapati yang nama 'sri benteng' tu menepati selera kami.  Disitu kami pesan briani rusa.

Mungkin masa tu musim raya, tak banyak gerai yang buka.  Lain kali kami nak mai lagi....

No comments:

Post a Comment