nuffnang
Monday, 11 August 2014
Juadah Raya 2014
Juadah raya memang hidangan paling istimewa berbanding hari-hari lain sepanjang tahun. Di hari raya, kita tolak ketepi dulu, diet ke, pantang ke. Hari raya mesti dirai. Boleh meleleh air mata jika tak dapat bersama keluarga di hari raya.
Jom tengok apa hidangan kami di malam raya dan di pagi raya. Semua juadah dah siap dimasak dan dinikmati semasa berbuka puasa yang terakhir.
Ketupat nasi. Inilah yang paling baik. Bila dah berusia, ketupat nasi adalah pilihan yang sesuai. Orang yang sedang diet pun sesuai. Asalkan jangan melantak banyak-banyak.
Lepat pulut. Ha...ni memang tradisi keluarga. Unik tau. Pulut digaul dengan kelapa parut dan garam. Diikat ketat dan rebus dengan air. Kelapa tu paling baik jika agak muda.
Lemang dan ketupat palas. Dua-dua beli saja.
Kari ayam
Serunding kelapa
Kuah kacang
Rendang daging kerbau
Satay Goreng Daging Lembu
Lodeh
Saturday, 9 August 2014
Briani Gam
Mama ni memang berasal dari Johor. Tapi mama baru sekali makan briani gam. Itu pun kat Shah Alam. Abang ipar yang bawa. Tapi balik raya 2014, mama dapat merasa briani gam di Johor. Itu pun cekalkan hati ikut jalan biasa ke Batu Pahat. Selalunya masuk highway je...
Lokasinya di astaka tepi sungai Batu Pahat. Berhadapan Putra Specialis Centre. Hampir kesemua gerai di astaka tu menjual briani gam.
Oleh kerana kami tiada 'clue' tentang gerai mana yang terbaik, kami beli setiap satu, satu pinggan dan kami bandingkan rasanya. Dan kami dapati yang nama 'sri benteng' tu menepati selera kami. Disitu kami pesan briani rusa.
Mungkin masa tu musim raya, tak banyak gerai yang buka. Lain kali kami nak mai lagi....
Wednesday, 6 August 2014
Selamat Hari Raya 2014
Berhari raya di Johor memang sangat 'happening'. Maklumlah masih ada orang tua. Tentu ramai yang berkunjung. Tambahan, bonda adalah kakak sulung kepada 10/11 beradik. Memang meriah.
Tok dan keluarga mama
Tok dan keluarga Pak Mat
Tok dan anak serta menantu
Tok dan Mak Joy
Tok dan Princess
Tok dan keluarga Si Sulong
Tok dan cucu Penang
Selfie, tok.....
Tok dan geng perempuan
Untuk pertama kali setelah hampir 30 tahun, inilah gambar pertama keluarga Saiful dan keluarga Abang Li.
Tok dan keluarga Tok Su Sara
Tok dan keluarga Tok Embong Yusoff
Aiyoyooo.....ter- lajak over. Familiy mama ni, kalau tak over, bukan kami lah....Mana ada rumah yang paling bising, kalau bukan rumah kami......
Tok dan family Mak Garang
Raya 2014, paling meriah di rumah tok
Dah raya ke 3, tapi posing tetap posing.
Tok dan cucu cicitnya
Tok dan adik serta iparnya
Tok dan adik-adik
Berhari raya bersama keluarga Mak Lang Embun
Berhari raya bersama keluarga Mak Long Tiah
Subscribe to:
Posts (Atom)