Mama sering ke sini bila pulang melawat kebun. Tujuan ke sini adalah untuk membeli ikan segar yang baru dinaikkan oleh nelayan.
Dari sembang kedai kopi, dari jeti ini ada bot yang boleh disewa untuk menangkap sotong. Sekarang ni boleh dikatakan musinnya. Jika ada rezeki boleh dapat banyak sekitar dari Pulau Betong hingga Gertak Sanggul. Ayah dengar penuh minat. Tak payah ke Terengganu untuk tangkap sotong. Kat Balik Pulau pun boleh.
Dulu tempat ini terlibat dengan tsunami. Hikmahnya dengan bantuan yang diperolehi, dibangunkan jeti baru yang lebih selesa dan cantik.
Jeti Pulau Betong, adalah antara yang aktif dengan aktiviti pendaratan ikan dan aktiviti hiliran perikanan
No comments:
Post a Comment