Biarlah gambar berbicara. Rasa seronok juga bila nampak putik bunga dicelah daun
nuffnang
Wednesday, 23 April 2014
Minum petang
Semenjak dua menjak ini, mama mula mementingkan minum petang. Kenapa, ya? Sebab nak mengurangkan makan malam. Minum petang pun lewat, jam 6 petang macam tu. Kenapa lewat sangat? Sebab masa tu saja baru free. Habis minum petang terus prepare makan malam. Juga simple. Sekitar 7.30 malam dah boleh have dinner.
Apple pie untuk mama.
Chicken puff untuk adik.
Mama selalu tak puas hati kalau beli. Suka yang buat sendiri juga, Tapi, tak berbaloi buat. sikit sangat yang makan.
Ada seseorang yang berniaga on-line frozen food. Popia otak-otak. Rasa macam nak buat sendiri aje. Tapi tak larat.

Menu Warga Emas
Jika anda bertanggungjawab menyediakan makanan untuk golongan tua atau sakit, mungkin idea ini boleh dipertimbangkan.
Lauknya isi ikan dan udang goreng kering. Isi ikan tu, hanya dari sepotong isi ikan dari Tesco yang dibuang tulangnya dan diperap garam dan kunyit seterusnya di goreng. Kenapa potong kecil? Sebab guna minyak zaiton. Kan mahal sikit. Bila potong kecil gitu tak perlu guna banyak minyak.
Udang tu pula, dibersihkan dan tos kering. Perap dengan serbuk lada dan serbuk ketumbar. Tumis bawang putih hingga gareng, kemudian masukkan udang tadi. Bila udang dah setengah masak, masukkan perasa. Mama guna garam, sedikit sos ikan, asam jawa. Kalau nak guna aji ke, sos tiram ke, secukup rasa ke, no hal. Lepas tu masukkan bawang besar yang dimayang, cabai merah dan hijau yang dipotong dan air sedikit. Angkat
Last sekali, hidangkan dengan bubur atau nasi lembik.

Saturday, 12 April 2014
Kongsi selera
Pernah tak alami keadaan ini. Tak tahu nak makan/minum apa. Buntu kan. Selera mama memang selalu meragam. Segala benda tak lalu makan. So, mama anggap yang di sana tu pun mungkin ada yang mengalami situasi yang sama. Mungkin boleh cuba seperti dibawah ini, Bandung Float dengan strawbwrry filling.
Cuba lah, kot-kot ada selera...........
Cuba lah, kot-kot ada selera...........
Sunday, 6 April 2014
Senja Di Pulau Betong, Balik Pulau,Penang
Mama sering ke sini bila pulang melawat kebun. Tujuan ke sini adalah untuk membeli ikan segar yang baru dinaikkan oleh nelayan.
Dari sembang kedai kopi, dari jeti ini ada bot yang boleh disewa untuk menangkap sotong. Sekarang ni boleh dikatakan musinnya. Jika ada rezeki boleh dapat banyak sekitar dari Pulau Betong hingga Gertak Sanggul. Ayah dengar penuh minat. Tak payah ke Terengganu untuk tangkap sotong. Kat Balik Pulau pun boleh.
Dulu tempat ini terlibat dengan tsunami. Hikmahnya dengan bantuan yang diperolehi, dibangunkan jeti baru yang lebih selesa dan cantik.
Jeti Pulau Betong, adalah antara yang aktif dengan aktiviti pendaratan ikan dan aktiviti hiliran perikanan

Nangka mama
Memang murah rezeki juga dengan hasil kebun ni. Pokok nangka galak juga berbuah dan berputik. Semoga rezekiMu ini adalah untuk mama.
Mempelam mama
Mempelam di kebun mama sedang galak berbuah. Cuaca tak menentu ni, menyebabkan banyak juga yang gugur. Tapi yang dok ada pun sangat banyak untuk keluarga kami.
Ada setengah pokok yang berbuah sampai ke tanah. Bukan bergantungan lagi, tapi dah baring kat tanah. Bukan gugur, masih bertangkai. Cuma lempat lepaknya atas tanah. Lain kali mama nak sokong dahannya dengan kayu.
Kami datang cuaca mendung. Sampai separuh jalan masa memeriksa pokok, hujan turun. Kami, mama, ayah dan adik, sempat main hujan.
Sayang kat kebun ni. Nak let go ke tidak????

Saturday, 5 April 2014
Durian Dan Rambutan
Durian berbunga kali kedua. Tetapi belum pernah menghasilkan buah. Semoga diber rezeki olehNya kali ini.
Pokok rambutan yang berbunga kali pertama. Juga semoga diberikan rezeki olehNya
Subscribe to:
Posts (Atom)