nuffnang

Wednesday, 21 November 2012

Gulai Pucuk Mengkudu Putih
Sekali sekala mama teringin makan sayur-sayur pucuk ni.  Jarang benar dapat masak macam ini kerana mengikut selera anak-anak remaja.  Tapi dok ingat, jika tidak di paparkan tentu anak-anak tiada rujukan dimasa akan datang.  Yesszz mama... go... go...go...teruskan aje..

Mama masak simple saja.  Gulai lemak biasa.  Jom cikedaut....

Kisar
Bawang merah
cili padi
kunyit hidup
ikan bilis
udang kering

2 ikat pucuk mengkudu putih - kerat 3 atau 4 ikut berapa besar
udang hidup
1 keping asam gelugor
garam & gula, perasa jika suka
santan segar

1.  Jerang bahan kisar dan santan hingga mendidih masukkan udang hidup
2.  Masukkan asam gelugor. Sentiasa kacau.
3.  Masukkan pucuk mengkudu dan perasakan
4.  Tidak perlu terlalu lama sekadar pucuk lembut terus diangkat.

No comments:

Post a Comment