Lontong
Mama memang suka tempe. Kemana juga mama berada, bila time makan tentu ingat tempe. Kalau makan di luar, mata akan melilau mencari tempe. Hari ini, tempe boleh didapati dimana-mana sahaja di Malaysia. 25 tahun yang lalu mama bekerja di Hospital Kuala Terengganu. Masa mengandungkan anak sulung, mama selalu menangis nak makan makanan orang selatan terutama tempe dan kueh kole kacang. Waktu itu memang susah untuk mendapat makanan antara negeri. Macam tu juga bila dah balik ke Penang. Dulu-dulu tempe memang sukar nak cari di Penang terutama di Balik Pulau. Tak tipu ya. Ini pengalaman peribadi. Tak tahu lah kalau waktu tu, memang mama yang tak jumpa. Tapi sejak 10 tahun kebelakangan ni, nak cari tempe, merata-rata ada di Penang.
Sayur Lodeh Mama
Kisar
Bawang merah
Cili api
Udang kering
Ikan bilis
Kunyit
Samtan
garam, gula
Suun, tauhu kering, kacang panjang, sengkuang, karrot, cili api
Tempe, ubi kentang ---- potong kecil dan goreng dulu
1. Masukkan bahan kisar dan santan dan biar mendidih. Selalu kacau.
2. Masukkan sayuran yang keras kemudian bila dah memdidih masukkan sayuran lenbut dan sayuran bergoreng.
3. Masukkan perasa - garam, gula dan perasa jika suka.
4. Angkat bila semua dan okay.
Semangkuk lontong. Hmmmm........ Sedap. Jom makan......
Lontong dan janggut sotong goreng rangup
Sepanjang hari mama makan ulang-ulang. Tapi yang tak syoknya, mama makan sorang -sorang. Yang lain sentuh pun tak mau... Depa tak suka makanan orang sebelah selatan. Hari-hari mau kari ke????.
Lontong dan sambal tumis ikan bilis. Boleh pelbagaikan dengan rendang, ayam goreng dan lain-lain mengikut citarasa.