Aduhai, kenapa mama malas nak up date blog sekarang?? Entah lah .
Yang atas tu, tu lah pulau Koh Lipe. Jarak dengan Langkawi tak jauh sangat. Boleh nampak langkawi berbalam-balam. Tapi bila kira-kira, kos bot dari Langkawi ke Koh Lipe lebih mahal. Tu lah sebabnya kami bertolak ke Koh Lipe dari Pelabuhan Pak Bara, Thailand.
Kenderaan di letak di tempat letak kereta khas. Memang depa jaga. Siap dipagar dan bertutup. Kalau kat Kuala Perlis, kenderaan park gitu-gitu je. Bayaran pun murah dibanding Kuala Perlis. Dua hari depa caj RM 20 lebih kurang. Sampai port, habaq kata nak simpan kereta, nnt driver tut-tut akan bawa. Pastu bila balik, kata nak ambik kereta, tut-tut bawa. Free je.
Pak Bara ni ada pantai. Tepi-tepi laut. Tapi tak berapa cantik. Biasa-biasa je. Tapi yang terpikat sebab tak cramp boleh santai-santai. Lain kali nak pi sini dan stay Pak Bara. Dan aktiviti yang sesuai, mancing ke pulau-pulau. Memang best ni...