nuffnang

Thursday, 31 May 2012


Nyamannya Hentian Titiwangsa

Hentian ini terletak di lebuhraya Grik-Jeli.  Berhampiran sempadan Perak-Kelantan.  Nyaman dan menyegarkan.  Sejuk terutama pada musim hujan, malam atau awal pagi.  







Secangkir kopi sepiring pisang nangka goreng


Balik sekitar jam 5.30 petang, terasa hendak mengunyah makanan.  Jengok di dapur, apalah yang ada untuk melayan selera.  Terpandang 5 biji pisang nangka.  Projek pun dijalankan seperti berikut:

2 biji pisang nangka masak
5 camca tepung tempura (cap nona)
sedikit garam, gula jika suka
Air secukunya

1.  Pisang dibelah 2 dan dikerat 3 setiap bahagian (seketul untuk sekali ngap)
2.  Tepung tempura dicampur garam dan sedikit gula (jika suka) dan air
3.  Bancuh adunan hingga rata dan tidak bergentel.  Adjust kepekatannya.  Tidak cair dan tidak pekat.
3.  Celup pisang dan goreng setelah minyak menggoreng cukup panas.

Tuesday, 29 May 2012


Taman Tasik Taiping 

 Sepetang melayan Paan dan Fifa mengayuh bot angsa di Taman Tasik Taiping.  Harga tiket seorang RM 10. Tak sampai sejam dah tak larat nak kayuh.

Monday, 28 May 2012

Cantiknya Terengganu

 Mama jatuh cinta dengan keindahan pantai Terengganu.  Untungkan penduduk Terengganu.  Dapat menikmati keindahan pantainya setiap hari.  Pemandangan dari pantai di deretan kedai yang menjual makan laut yang bergoreng.  Sedap sangat dan sangat fresh

Pondok di tepi pantai sebelum sampai Besut.  Berhenti untuk rehat dan menikmati makanan laut yang banyak dijual.  Ada ikan, sotong, udang  goreng bersalut tepung,


Lagun berhamiran jeti ke pulau-pulau.  

Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.  Sebelum sampai Besut.  Harap ia dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
Perkahwinan Anak Kedua


Ini pemberian untuk hari akad nikah.  Mas kahwin dalam album dan rantai tangan untuk upacara batal air sembahyang.  100% origanal dari idea mama.

 Barisan hantaran di majlis kahwin pihak perempuan. Dari anakanda mama kepada isteri tercinta.  Gubahan original dari mama.

 Layan aja lah.......






Sunday, 27 May 2012

Cerita Kebun 1:  Mari berkebun


 Terlalu rajin agaknya. Hingga kebun tak terbela........pokok pisang tanduk tu dari keringat mama dan my darling hbby.

 Ada ikan haruan disini.  Bila musim cuti sekolah, budak-budak dari kampung sebelah kadangkala datang memancing.  Orang dewasa pun ada juga...... Depa tinggal kail dan keesokannya baru datang ambil hasil.  Mama tak andai masak ikan haruan.... malunya...

 Antara dua barisan pokok mempelam.  Tanam 90 batang yang tinggal 40 batang saja.  Memang teror....


 Pokok ceri jadi teduhan bila dah penat menebas.  Nak makan buah ceri kena  panjat tangga.  Orang kata makan 7 biji sehari.  Itu orang kata, tak tahu betul ke tidak.  Takda kajian saintifik. Walau apa pun, makan pun bagus. Original tanpa racun kimia.  Sebelah pokok ceri ada reban ayam yang telah tidak ber ayam lagi.  Tak mampu nak jaga.



 Ini gambar tahun lepas.  Masa rambutan sedang berbunga. Masa tu sebelum  bulan puasa.  Rambutan masak masa raya.   Tak larat makan lebih separuh dibiar kering atas pokok.  Tak larat nak makan dan tak larat nak perabis untuk diagih kepada jiran dan saudara mara.  Minta mereka ambil sendiri, tiada respon. Untuk mengutip sebelum disedekahkan, mama dan my darling hbby kena panjat pokok ni.   Syok ingat sewaktu kecik-kecik dulu selalu panjat pokok.  Syukur, bila dah tua bangka dapat merasa semula panjat pokok.  Berduaan dengan darling lagi.  hahahaha....  Tak mampu nak perabiskan.   Last lastnya biar kering gitu aja.


Atap genting tanah liat ni dah beli dari tahun 1998 lagi.  Sampai la ni 2012 masih tak bina rumah lagi.  Doa-doakan moga mama diberi rezeki melimpah ruah untuk dapat bina rumah idaman. Aminnn.............


Anak kelapa tampuk merah.  Ada didakwa boleh dibuat ubat.  Mama tak tahu buat macam mana tu.  Dengar cakap orang saja.

Friday, 25 May 2012



Dinner Malam Seharum Lavender 2011



 Sebagai kenangan.  Masukkan juga dinner tahun lepas.  Walaupun dan basi........




Dinner Golden Night  MPD Tekun 2012


Layan gambar aje lah. pepagi ni otak beku lagi.............


Jom layan gambar. Princess, Talia dan Puan Chong pun tayang wajah cun malam tu.




Tak ketinggalan makcik otai dan princess

Princess dan Talia tunjuk cun juga....

Tuesday, 8 May 2012

Yang Jarang Ditemui




Pernah tak tengok buah nam-nam?  Kepada yang tak pernah tengok tu, inilah dia buah nam-nam.  Pokoknya jenis rendang.  Ia berbuah di batang atau perdu pokok tu.  Tak sempat nak ambil gambar pokoknya.  Maklumkah orang bagi.  Jarang ada dah sekarang ni.  Buahnya masam jika masih belum ranum.  Tapi jika dah warna kekuningan tu, rasanya masam manis.  Biasanya di buah cicah dengan kuah rojak atau sambal kicap. 

Bila telah berbadan dua...

Apabila seorang wanita berkahwin telah tidak kedatangan haid seperti kebiasaan, ada kemungkinan dia telah mengandung atau berbadan dua. Untuk yang kali pertama tu mungkin panik sikit. Tanya hby pun dia lagi lah pening lalat. Nasihat mama, tak usah panik. Pi ke farmasi dan beli lah satu kit ujian mengandung. Tak mahal pun. Dalam RM 10 gitu lah. Ada panduan macam mana nak gunakannya.

Jika ujian mengandung memberi keputusan positif, bermakna telah mengandung dan peka pada perkara-perkara berikut:

1. Mula berhati-hati mengambil apa-apa ubat.
2. Perubahan diri:
  • Perut disebelah bawah akan terasa keras.
  • Badan terasa kurang sihat. Tekak meragam.
  • Tidak lalu makan
  • Selalu pening kepala
  • Nak muntah terutama masa gosok gigi, atau bau termasuk bau masakan.
3.  Buat temu janji dengan klinik ibu mengandung selepas 4 bulan.
4.  Hentikan aktiviti fizikal & lasak.

Bila larut malam

Malam hening suasana sekeliling sunyi sepi. Jalanraya yang tadi nya sibuk dan jem, hanya sesekali di ganggu bunyi kenderaan. Kekalutan malam ini mengambil barang anak yang bercuti semester usm mempengaruhi mata mama, biasalah orang tua-tua. Kalaulah dah lebih waktu beradu nya, pasti sukar nak adjust semula. Tambah lagi bila tengok rumah. Penuh barang yang diambil sebentar tadi dari kampus kejuruteraan. Nak mengemas malam buta ni tak daya. Biar dulu,kata hati.

Erti bahagia

Setiap orang mempunyai intepritasi sendiri tentang bahagia. Ada yang kata memiliki wang dan harta yang banyak, itu lah makna bahagia. Ada yang kata memiliki keluarga sempurna adalah bahagia. Ada yang kata menyandang kerjaya yang tinggi adalah bahagia. Bagi mama kehidupan hari ini adalah kebahagian untuk mama. Kebahagian di dunia walaupun serba sederhana. Syukur. Wang dan harta sedikit tetapi mencukupi, keluarga yang menyayangi walaupun bukanlah terlalu sempurna