nuffnang

Wednesday, 6 January 2016

Koh Lipe Part 1



Aduhai, kenapa mama malas nak up date blog sekarang?? Entah lah .

Yang atas tu, tu lah pulau Koh Lipe.  Jarak dengan Langkawi tak jauh sangat. Boleh nampak langkawi berbalam-balam.  Tapi bila kira-kira, kos bot dari Langkawi ke Koh Lipe lebih mahal.  Tu lah sebabnya kami bertolak ke Koh Lipe dari Pelabuhan Pak Bara, Thailand.

Kenderaan di letak di tempat letak kereta khas.  Memang depa jaga. Siap dipagar dan bertutup. Kalau kat Kuala Perlis, kenderaan park gitu-gitu je. Bayaran pun murah dibanding Kuala Perlis. Dua hari depa caj RM 20 lebih kurang. Sampai port, habaq kata nak simpan kereta, nnt driver tut-tut akan bawa. Pastu bila balik, kata nak ambik kereta, tut-tut bawa. Free je.

Pak Bara ni ada pantai. Tepi-tepi laut. Tapi tak berapa cantik. Biasa-biasa je.  Tapi yang terpikat sebab tak cramp boleh santai-santai. Lain kali nak pi sini dan stay Pak Bara.  Dan aktiviti yang sesuai, mancing ke pulau-pulau. Memang best ni...

Percutian Koh Lipe - Pak Bara


Percutian tahunan kali ini dengan destinasinya, Koh Lipe, Thailand
Kami sekeluarga ke sini melalui Pelabuhan Pak Bara, Selatan Thailand.  Bertolak dari Penang seawal pagi dan sampai di Wang Kelian sekitar jam 11.30 tengahari.  Urusan di Check Point tidak sesak tapi flow urusan yang tidak jelas melambatkan urusan.

Selesai urusan check point di imigeresen Malaysia dan Thailand, kami sekeluarga terus ke Pelabuhan Pak Bara.  Sesampai di pelabuhan, kami memilih agen yang akan menguruskan penginapan dan bot pergi balik ke sana. Tambang feri pergi balik dari PakBara RM250 seorang dan penginapan pula RM350 semalam. Jika tambah lagi penginapan, perlu bayar terus di Koh Lipe nanti

Perjalanan ke pulau selama 1 setengah jam menggunakan bot laju.





Kerabu ikan bilis

Macam biasa, kalau mama tak turunkan ilmu membuatnya, takut bila mama teringin masa dah tak larat nanti, anak-anak tak dapat buatkan untuk mama. jadi di sini mama tunjukkan untuk panduan:

Jerang atas api kecil dengan sedikit air
gula kabung (yg bulat tu)
garam sikit je
sos ikan atau sos sotong
Jerang sampai gula cair

Mayang halus
cili padi 2 biji
tomato sais besar 1 biji
bawang besar setengah labu
ikan bilis goreng
air lemon dari setengah biji lemon

Gaul semuanya

Monday, 4 January 2016

Lama Menghilang

Lamanya mama tak up-date blog ini.  Kemana mama menghilang?  mama tak kemana pun. Sejak Ogos lalu, mama sibuk melayan whatsapp. Pasal tu sampai terabai blog ini.

Sepanjang "kehilangan", banyak perkara yang berlaku dan mama lakukan.  Nanti perlahan-lahan mama akan masukkan.

Rasanya tak terlewat lagi, mama ucapkan Selamat Datang Tahun 2016 dan Selamat Tinggal Tahun 2015.  Moga kehidupan kita Tahun 2016 ini menjadi lebih baik. 

Sambal Petai Ikan Bilis

Untuk anak mama, resepi yang se simple mana pun perlu di perjelaskan. Oleh itu, jika rasa macam tak perlu tu, abaikan saja, ya.

Sambal:
Cili kering 20 - 25 batang (potong dua, rebus)
Bawang merah 3 labu sedang atau 2 labu besar
Belacan
  • Kisar hingga lumat dengan sedikit air
  • Tumis garing dengan minyak yang panas
  • Masukkan air, asam jawa, gula melaka, garam dan perasa jika suka dan biarkan mereneh
  • Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh, masak hingga kuah sedikit pekat
  • Masukkan petai dan bawang yang dimayang


Kerabu Udang Mama



Masak bersama dengan api kecil:
Udang (dikupas kulit)
2 sudu makan sos ikan 
Sedikit garam
Gula secukup rasa

Mayang halus:
cili padi
tomato
bawang

1. Gaulkan bahan yang dimasak dan bahan yang dimayang halus
2. Campurkan kacang goreng yang ditumbuk kasar
3. Perah 1 biji lemon
4. Suaikan rasanya dan hidang

Thursday, 13 August 2015

sambal macang



Segelintir berpendapat terlalu simple untuk masukkan entri semudah ini.  Tetapi sedarlah bahawa masih ada lagi segelintir yang memerlukan pengetahuan yang simple itu.

sambal mudah ini mama, tumbuk cabai merah 5 biji bersama belacan bakar setengah inci. campur sedikit garam dan gula.  Setelah lumat tambahkan asam jawa extra dan sedikit air masak.  buah macang diracik dan digaul sebati bersama sambal tadi.