Sesampainya ke Jetty Pangkor, kami jejalan dulu ke sekitar pekan. Makan pagi + tengahari di pekan. Kos makan, tak lah murah sangat. Rasanya makan kat Penang lagi murah. Itu bagi mama yang memang menetap di Penang. Orang lain, mama tak tau mcm mana.
Pekan Pangkor ni kecil saja. Dalam setengah jam, jalan kaki dah habis. Cara jalan kaki orang tua, ya. Kalau orang muda, mungkin lagi singkat. Kami kembali ke Jetty. Di Jetty kami cuba tanya beberapa orang pemandu teksi. Rata-rata harga yang di kenakan lebih kurang je.
Kami setuju untuk menaiki teksi brother ni. Sebelum naik kami minta brother teksi ambil gambar dulu. Memang gi mana pun, mama akan ambik gambar depa dulu. Maklum lah kita tak kenal orang dan tak tahu tempat. Bukan tahu orang jujur atau tidak. Apa-apa ada gambar jugak.
Ambik gambar pemandu, ambik juga gambar teksinya. Mama bukan boleh ingat, kan. Selalu lupa. Macam tu juga masa gi Siam. Ambik gambar teksi tu. Sebab kita dah ambik teksi sepajang gi jejalan. Lepas turun, dan meronda, bila nak balik boleh bukak semula, tengok no teksi. Cara orang tua le. Kalau orang muda, depa ingatan kuat.
View semasa dalam perjalanan. Pendapat mama lah, tak perlu sewa kereta sendiri lah. Kalau sewa motosikal, ok. Pasai pa mama tak recomen sewa kereta? Pasai jalanraya kat sini sempit. Macam jalan kampung. Nak selisih susah juga. Boleh gesel cermin sisi. Itu pun teksi depa berani bawa agak laju. Dah biasa kot.
Tempat pertama dikunjungi adalah Kota Belanda. Dekat juga dengan Pekan dan Jetty. Tak sampai 10 minit.
Tempat kedua dikunjugi adalah kilang buat sate ikan dan macam-macam produk berasaskan ikan. Mama beli juga sikit. Lepas tu, driver bawa kami gi tokong Cina. Cantik dari bawah bukit sampai atas bukit.
View depan
Keindahan lanskapnya
Ada ikan yang sangat besar
Sekadar kenangan
Kalau betul tentu Princess tak berani, nasib baik replika saja
Apa pun, yang buat ni memang kreatif
Macam comel je
Selepas itu kami ronda bengkel buat bot. Teksi man kata, bot yang lengkp dijual dengan harga 1 juta. Canggih depa ni.
Enrence sebuah hotel berhampiran airpot. maaf tak ingat nama.