nuffnang

Monday, 29 April 2013

Cukai Pendapatan Taksiran Tahun 2012

Mama boleh terlupa submit borang BE yang dah dibuat dlm format anggaran.  Memang Benggong... Ni semua kerana mama dapat sakit pinggang yang berlanjutan dah beberapa hari.  Habis semua perkara lain lupa.  Fokus hanya macam mana nak bagi kurang sakit pinggang saja.

Dan nasib baik pagi ni teringat.  So, mama submit cepat-cepat.  Lepas tu bila baca Harian Metro, e-failing di lanjut hingga 15 Mei 2012.  Walaubagaimanapun, taksiran secara manual (borang) tarikh akhir masih 30 April lagi.  Yeahh... mama dah berjaya submit.  Ada terlebih bayar lagi.  Tapi tak tahu yanfg final. Nanti LHDN akan beri surat berapa yang final.  Kalau terlebih bayar, akan direfund semula.  kalau tak cukup bayar akan di claim semula.

Anda semua bagaimana???? Jangan buat lupa ya.  nanti kena panalti lagi banyak kena bayar. Rugi...rugi...Cari duit susah wuooo.....

Friday, 26 April 2013

Tabung Si Bongsu

Dari kecil si bongsu memang telah diajar agar sentiasa berjimat dan menabung.  Alhamdulilah si bongsu nampaknya setakat ini mengamalkan sikap tersebut.  Biarlah sikit, asalkan lama-lama jadi bukit.  Tapi untuk yang pandai cari duit tambahan tu, adalah lebih baik disamping mengamalkan jimat cermat.  Hari ini mama memeriksa tabungan si bongsu.  Dan mama bawa ke kantin di asrama. 

Dan hasilnya seperti diatas.  Dapatlah RM24.00.  Sibongsu hanya ambil RM20.00.  Lebih Rm4 "Ini beri kat mama" katanya.  Syukur dengan sikapnya.  Mohon jadikan anak-anak mama, anak yang soleh oleh Nya.  Aminnnnn.... 

Wednesday, 24 April 2013

Jasa Kalian Akan Sentiasa Dikenang



Tahniah kepada En. Zain yang telah dinaikkan pangkat.  Bila naik pangkat kenalah tukar ketempat lain.  Bos besar, Dr Naza menyampaikan cenderahati kepada En Zain.

 Chiko diserap kejawatan tetap dan juga berpindah ketempat lain.  Tahniah... Kerja elok-elok ya.

Shafiq pun ada cenderahati untuk En. Zain.  Baguslah MPD tahun ni.  Aktif dan proaktif gitew....


Tak dapat bayaran di sini.  Tapi yang bagus tu, tak bayar pun kita pun tak berkira.  Lokasi bagus, makan pun bagus.  Harga berpatutan.  Makan kat Seoul Garden, Queensbay.  

Meja kami, semua dewasa.  Makan macam biasa aje la.  Tapi meja bebudak tu (MPD), siap tukar plate BBQ yang warna hitam kat tengah tu, lagi. Bagus, bagus, bagus........  


Nasi Kandar Terbaik Di Penang

Mama dah lama bermustautin di Penang .  Dari anak sulung berumur 4 bulan sampai sekarang ni yang sulung dah pun kahwin.  Dah setahun yang sulung kahwin.

Lama tu...Tapi sampai sekarang ni, nasi kandar memang tak berapa nak lalu.  Tapi ada satu tempat saja yang mama boleh bagi habis satu pinggan.  Sampai licin.  Di Nasi Kandar Deen, Jelutong.  Kedai sebelah pejabat pos jelutong tu.  Orang luar tak berapa ramai macam kedai nasi kandar line clear atau yang beratur tu.  Ramai orang local saja. Cuma parking susah sikit.  Dekat main road.

Kenyataan ini tidak dibayar ya.........
Dinner Mama:  Ayamazz Roti Impit

 Dinner mama dan Si Bongsu simple aje.  Ayamaz Roti Impit di beli dari budak-budak Tekun.  Harga pun ok. Tak berapa pasti RM 3 atau Rm3.50 satu.  Nak cepat main bayar dan ambil duit balance terus masuk dalam dompet.
Mama punya 'black pepper' dan Si Bongsu punya 'mush room'. Ehh, betul ke eja.  Hantam je la.

Sunday, 21 April 2013

Pilihanraya ke-13

Hari mengundi datang lagi.  Hari mengundi untuk pilihanraya ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini.  In Sha Allah, mama akan mengundi lagi.  Dah tentu mama akan mengundi di sini:

Parlimen  P.053  Balik Pulau

Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
          VS
Muhammad Bahktiar B. Wan Chik (PKR)


Kerusi Negeri - Telok Bahang

Shah Headan Ayoob Hussin Shah (Umno)
         VS
Abdul Halim B. Hussain (PKR)

Nak pilih siapa?  Mama ni orang yang tiada parti. Jadi sukahati mama lah nak pilih siapa.
Tapi mama pilih atas kreateria berikut:
1.  Khalifah/pemimpin yang akan dipilih diutamakan muslim lah.
2.  Mama tengok/kaji kelayakan akademik juga.
3.  Mama tengok latar belakang pengalaman memimpin mereka.
4.  Mama kaji juga keperibadian mereka.  Melalui kutukan di internet atau dari komen orang kampung mengenai mereka.  Pas tu timbang-timbang.  Logik tak apa yang dikatakan.
5.  Mama juga kaji kekuatan pati yang bertanding tu.  Kalau pembangkang nampak kuat, mama pangkah penyokong.  Begitu lah sebaliknya.  Hanya untuk mengimbangi sokongan.  Agar tiada parti yang terlalu kuat.  Kalau kuat sangat, depa boleh buat apa saja pulak. Biar sama kuat agar mereka saling dapat menegur antara satu sama lain.  Mereka berbalah bukan sebab apa pun.  Nak cari yang mana lebih baik.

Kerajaan pun, kalau asyik agih duit aje pada rakyat pun tak kena juga.  Paling seriau orang yang bayar income tax macam mama.  Tiap tahun bergemuruh darah.  Seriau nak kena bayar banyak mana.  Yang mama takut, depa agih bram brim,  kita punya income tax,  brrrrammmm brraammmm. Dia bagi high speed.  Kesian kami hak cari duit ni.  Kena ikat perut dan nafsu ketat-ketat. Hidup sempit-sempit.  Bila tidoq tangan atas kepala.  Kesiannn...






Wednesday, 3 April 2013

Minor Surgery

Hari ni mama cuti.  Lepas berurusan di Klinik Usm, mama ke Bertam untuk mengambil ayah balik rumah.  Ayah menjalani sedikit pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan dibelakang badannya. 

Masa ambil petang tadi nampak okay aje.  Tapi bila dah malam, ayah ada lah rasa sakit sikit.  Mama tengok lah.  Jika okay, esok boleh bekerja macam biasa.  Tapi kalau ayah nampak macam sakit, mungkin mama akan sambung cuti.

Ayah,  i'm for you......