nuffnang

Monday, 30 April 2012

cukai... cukai.... cukai.....

Dalam keadaan huru hara, sempat juga mama terjah pejabat LHDN Penang. Untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara tercinta. Membayar cukai... Memang nak jadi malang, tah mana silapnya, mama tak dapat memasuki sistem. Kena blok selepas 4 kali mencuba memberikan jawapan kepada soalan rahsia. Ah... tensionnya... Last sekali pujuk Encik sayang bawa dengan motorsikal ke pejabat LHDN. Kalau naik kereta dah tentu-tentu jem punya. Akhirnya jam 4.48 petang 30/4/2012 selesai urusan berkaitan cukai. Alhamdulilah. Kepada yang belum tu, rasanya masih buka sampai malam ni kot.... So, untuk mengelakkan rugi kena denda, baik declare on time... Saya telah menunaikan tanggungjawab, anda macam mana???