nuffnang

Friday, 16 March 2012

Kau Pergi Jua

Sewaktu mama ke Tanah Suci pada tahun 2009, Kedua anak yang terkecil mama tumpangkan ke rumah mak di Johor. Tapi semasa di Tanah Suci mama beberapa kali dapat bercakap dengan kedua anak yang terkecil itu dan diberitahu mereka seronok berada di rumah Pak Tam dan Mak Tam. Si bongsu seronok dilayan 'first class' oleh Pak Tam dan Mak Tam. Pak Tam & Mak Tam hanya mempunyai seorang anak lelaki. Itu pun dan berkahwin. Yang lain-lainnya semua perempuan. Setiap kali bercakap melalui telefon ketika diTanah Suci, kedua anak itu melahirkan rasa seronok yang teramat berada dirumah Pak Tam. Mama yang sesekali sedih kerana berjauhan dengan mereka merasa amat lega dan tumpang gembira. Mama dapat menjalani semua ibadah dengan lapang fikiran.

Hari ini 16 Mac 2012, tika mama sampai rumah waktu 'lunch hour' si bongsu minta mama baca mesej. Mama terlupa bawa fon. Terkejut yang amat 2 mesej yang dibaca membuat mama membuat panggilan kepada salah seorang adik di Johor. Sah, pak Tam telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.30 pagi di Hospital Kota Tinggi. Inalillahhi wa innailaihirojiun. Baru malam semalam mama telefon Mak Tam dan mendoakan agar segala dugaan yang diterima akan diringankan dan dipermudahkan. Waktu tu Pak Tam baru dimasukkan ke hospital.

Doa mama, Pak Tam di tempatkan dikalangan para solihin. Aminnn.....
Pak Tam duduk hujung sekali dan bertopi.  Gambar diambil 3 Disember 2011 dimajlis makan-makan di rumah Pak Mamat.  Semoga Mak Tam & anak-anak tabah menerima ketetapan ini.