nuffnang

Monday, 16 January 2012

senarai semak: Outstation Musim sejuk

Berikut adalah persediaan mama untuk si sulung yang ke Jepun pada 14/1/2012.  Si sulung kata sekarang kat Jepun musim sejuk suhu -1 .  So mama sediakan seperti ini:
1.  Travelling bag yang baru.
     Beg tu boleh kunci tapi mama takut si sulung terlupa nombor kombinasinya.  Jadi mama belikan 2
     mangga kecil.
2. Makanan - serunding ayam, ikan, sambal ikan bilis, milo 3 in 1, oat 3 in 1, biskut krakers. Kat jepun
    mahal tau.  Lagi pun susah nak cari yang halal
3. Baju tebal   - 5 helai.
4. Seluar 5 helai.  Tak cukup.  Tapi mama suruh dia basuh sendiri.  Dobi terlalu mahal.
5. Kemeja T 5 helai
6. Kain panjang/mafla 3 helai
7. Sabutangan kecil 3 helai
8. Dandan - syampoo, minyak vaseline, sanitasi jel, pengepit kuku, lighter,sejadah kecil.
9. Pakaian belah dalam
10. Ubat-ubatan yang sesuai

Beg mama asingkan 3.
1beg/ luggage yang nak di masukkan kat tempat bagasi
1 beg hand carry kelengkapan baju sejuk, sarung tangan, stokin tebal, tutup kepala dan tutup telinga. Sampai aja kat narita dah sejuk.  Takut susah nak ambil kat luggage. 
1 beg hand carry untuk laptop dan dokumen. Yang ni mama suruh yang galas belakang.  Senang. Hand free. 1 sapu tangan 1 tisu kecil dan ubat-ubatan. Chewing gum dan strapsil.

Duit yen mama tukarkan siap-siap.  kadar tukaran Rm 420 = 10,000 Yen

Wednesday, 4 January 2012

welcome 2012

Walaupun telah terlewat mama tetap ingin mengucapkan selamat Tahun Baru 2012 kepada semua, suami, anak-anak, menantu, adik beradik dan pasangannya, besan-dan bakal besan dan semua yang mengikuti coretan mama.  Moga 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya baik sebagai seorang insan maupun sebagai pekerja.

Sebagai seorang kakitangan kerajaan, kedatangan 2012 bersama pilihan dalam perkhidmatan.  Nak pilih atau tidak SBPA.  Ada pro dan kontra dalam setiap pilihan.  Biasalah kalau bahasa zaman mama dulu kos melepas.  Tapi bagi bebudak sekarang   kos melepas diterjemahkan lain pulak. Oleh itu fikirkan mana yang membawa lebih kebaikan.  Sikit-sikit kureng tu, nanti sama-sama beri cadangan nak jadikan lebih baik.  Jika kita pula yang buat sistem, mungkin lebih banyak kekurangannya.

Kepada yang merasakan opsyen ini tidak menepati citarasanya, jangan cepat ambil tindakan nak bersara pilihan.  Fikir secara mendalam.  Mungkin kehadiran kita di tempat kerja memberikan manafaat kepada orang lain.  Mungkin kemahiran dan kepakaran yang telah dimiliki bertahun itu, diperlukan oleh segelintir orang.  Berlapang dada dan hanya berharap redha Allah.  Mungkin kudrat dah tak segagah dulu untuk melakukan kebajikan dengan kudrat, tapi minda boleh digunakan untuk menjana kebaikan.  Jangan mudah berputus asa.
Tak da tangan guna kaki, tak da kaki guna "wheelchair"..........

Selamat tahun Baru 2012.